...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Monday, May 31, 2004

Tiga Hari Dalam Khemah.....

Bermula jumaat lepas aku n gang pegi perkhemahan kat Air Papan, Mersing. So, memandangkan aku dah tak de cite minggu lepas, baik aku masukkan cerita masa aku kat sana. Kita kongsi skit.

28/05
Pukul 9.00 pagi kitorang dah kena berkumpul dekat depan blok asrama, aku siapkan barang nak pegi pada pagi tu jugak. biasa la aku dah selalu sangat pegi so, the pengalaman aku gunakan untuk tak bawak barang banyak. Malam sebelum pegi ni kitorang dah di bahagikan pada kumpulan memasing. Group aku patut naik bas daripada melaka tapi aku kena join group lain sebab aku tak pegi perjumpaan so, aku blur dalam bas hehehe. Smpi kat Air Papan dalam kul 11.30.tunggu bebudak lain sampai dan masa makan yess 'makan time'. Semua dah sampai kitorang pegi sembahyang jumaat kat masjid ape tah aku lupa nama dia. petang ada taklimat keselamatan dan pertandingan istana pasir.group aku dapat tempat last.hehehe malu......... Malam masa masak dan aku jadi sorang tukang masak yang bertugas dengan baik.hehehe. tengah malam plak aku jadik sentri dalam kul 2-6 pagi.Peristiwa malam tu kitorang semua kena cirit birit pasal makanan yang kitorang makan masa sampai kot.sebab maklumlaa makanan yang di masukkan dalam bonet bas daripada pagi dan makan tengahari.BAYANGKANLAAA....!!! Aku kena masa kul 2 dah nak start sentri aku terkejut perut aku rasa 'tertekan' sangat apa lagi LARI!!!!!! sampai kat toilet buang la. memula orang tak ramai,so.aku lepak nak peratikan orang tak lama lepas tu sorang demi sorang datang hahahha sah bukan aku sorang je sakit... :) lepas tu sentri dan tak de apa cite dah.

29/05
Pagi ni sarapan yang di jadualkan mi hun goreng,aku cakap aku nak rendam tapi bila aku masuk sentri je mi dah siap rendam dah.tak pe aku bleh sesenang skit. ari ni aku mulakan dengan 'kebahagiaan' hehhe.klu paham tak pe klu korang tak paham pon tak pe biar aku sorang simpan. :( aku buat tu lepas aku semayang subuh, blk gi khemah aku masak air dan ada sentri awal pagi tu tolong sekali angkat air.rilek skit keje aku.aku banyak plak wat keje masa kat camp ni.mungkin sebab aku paling senior kot? nak wat camne ek.?tk pe la.dah siap suma keje aku rilek jap tunggu budak pompuan mari nak masak dan siapkan rempah.diorang godek kejap je lepas tu aku yang kena apa lagi tunjuk skil la hehhe dah macam chef wan plak hehehe. lepas makan ni ada jungle treking diorang ajak panjat bukit ada dua bukit nak kena naik tapi bukan 'dua bukit yang kena naik'. kita pendekkan cerita bukit yang kitorang nak kena naik perjalanan naik 2 jam dan turun 1 jam. so,paveret aku naik bukit walaupun badan aku besar tapi aku turun bukit 'lari'beb.hehhehe.bila dah sampai kat penamat kitorang ada satu keje lagi kena bawak orang yang sakit maklumla PBSM tapi jangan silap aku bukan PBSM aku BOMBA.so,wat stretcher dan angkat orang yang berat 70kg.hehhe pening tak pening kepala bebudak ni. lepas tu kena jalan atas batu pantai korang tau macam mana susunan batu dia?haaa macam tu laaa.lepas tu kena bawak naik bukit 70 darjah curam tak curam.tapi yang kelakar orang sakit tu kena tolong kitorang. sebab dah tak larat sangat nak naik tinggi sangat. orang tu tak de la sakit. dia berlakon je.so,dia kena gak tolong kitorang kalau tak,nak kena campak dalam laut ape?

kita sambung lepas ni plak aku pening laaa...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home