...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Tuesday, May 18, 2004

Seminar, Ceramah Dan Tido...

Pada hari ahad lepas bersamaan dengan 16 may 2004, telah di anjurkan seminar cinta negara dan telah di jayakan oleh BTN, Ya.. Biro Tatanegara.

Dalam seminar tersebut telah membangkitkan cerita pasal ekonomi orang melayu, nasib orang melayu di tanah malaysia ini, dan ancaman yang wujud di sekeliling kita.

apa yang boleh di kongsikan adalah nasib orang melayu dalam bidang professional dan dalam pelajaran membabitkan mata pelajaran yang orang kata berkait rapat dengan teknologi. sebagai contoh mata pelajaran matematik tambahan, fizik, kimia, dan bahasa inggeris.

peratus yang di tunjukkan adalah rahsia kerana melibatkan soal keselamatan negara. tetapi aku cakap ngan korang laa peratus dia memang rendah dan ini amat mendukacitakan.

Dalam bidang professional plak orang melayu amat ketinggalan dalam bidang ekonomi, sebagai contoh akauntan, dan doktor melayu amat kurang. tapi dalam bidang kejuruteraan melayu kita bleh gak la berbangga. Aku bukan melayu, aku pribumi sabah tapi aku amik berat gak pasal melayu, kerana kalau di ikutkan perundangan aku adalah melayu kerana aku bercakap dan mengamalkan adat resam melayu. itu dah di kira melayu.

dia gak cakap dalam bidang ekonomi ada beberapa nama besar sebagai contoh Rashid Hussies (RHB), Tan Sri Tajuddin Ramli(????) kenapa ramai orang melayu membenci mereka ni. Mahathir kenapa masih ada yang benci. Kerana nama-nama ni lah yang memberikan harapan untuk melayu masih memegang ketuanan di tanah kita ni.

Sekarang kita orang melayu di anggapkan sebagai orang cacat yang telah di cacatkan oleh british masa dulu. dan sekarang kita baru nak belajar hidup dan berdiri atas kaki sendiri, sekarang kerajaan berikan kita tongkat dengan semua subsidi yang ada tapi lama kelamaan tongkat ini akan di ambil balik untuk membolehkan orang melayu berdiri dan megah kembali, ingat tak kata-kata ni? "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA", selama mana melayu itu mampu bertahan.

Seronok dengar ceramah daripada panel seminar tu sebab diorang selitkan kelakar dengan menyergah peserta yang tertidor.

OK PEACE INSYA'ALLAH MELAYU TAKKAN HILANG DI DUNIA.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home