...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Wednesday, June 02, 2004

Kesedihan datang tanpa dipinta..

Cerita di dalam blog ini adalah perkongsian cerita aku (shad-) ngan member aku (fitr).

cerita yang aku nak kongsikan pagi ni adalah berkenaan perasaan yang terpendam. macam ni malam tadi member aku terima satu panggilan telefon dan yang membuat panggilan tu adalah orang amat dia sayangi dan minat selama ini. kenangan dia bersama perempuan tu bermula 1998 hingga sekarang dan korang dapat bayangkan. bermula daripada 'misscall' yang orang kita sekarang dok main ni. sampai kepada pertemuan pertama dan akhirnya melibatkan hati dan perasaan, dia pernah cerita ngan aku macam mana diaorang boleh jumpa kat bandar ****** (nama dan tempat tidak boleh di sebutkan).

Namun silap kawan aku ni dia tak pernah meluahkan perasaan dia pada perempuan ni. dia nak buat macam orang lama, lepas je belaja dia nak gi pinang pompuan ni tapi sekarang apa yang jadik lain. sebab sabtu ni perempuan tu akan melangsungkan perkahwinan. pada aku tak ada benda yang nak di kesalkan kerana kenangan yang kita lalui akan jadi pengajaran dalam meniti kehidupan dan ia akan jadi pelita dan penyuluh jalan di hadapan sana. kita tak akan pasti ianya terang atau gelap.

so, my fren kalau ko cerita ngan aku, aku akan dengar dan takkan pernah menghampakan ko. bertenang dan ko akan nampak jalan yang aku cakapkan. ko patut gembira kerana cita-cita ko 'tercapai' untuk 'kahwinkan' dia. bukan dengan ko tapi dengan orang yang dia rasakan dapat mengambil hati dia dan mengambil berat akan dia. itu adalah perempuan mereka memerlukan lelaki yang mengambil berat akan diri mereka. jadi pada yang bercinta jagalah hati 'perempuan' yang anda sayangi itu.

Cerita ini adalah iktibar dan jangan takut untuk meluahkan perasaan anda pada insan yang betul2 anda sayangi dan yakin anda akan bahagia bersama dia. Aku, bahagia ngan apa yang aku ada. ingat WASATIAH!! PEACE!!!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home