...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Wednesday, May 05, 2004

Sampai Bila??

Pendera tahanan Iraq didakwa

BAGHDAD: Enam askar Amerika dihadapkan ke mahkamah tentera berhubung siasatan ke atas penderaan tawanan perang di Abu Gharaib, kata timbalan ketua operasi tentera di Iraq, Jeneral Mark Kimmitt.

Abu Gharaib adalah penjara terkenal di mana rejim bekas diktator Iraq Saddam Hussein menyeksa dan membunuh penentang mereka.

Gambar yang disiarkan oleh rangkaian telelvisyen CBS dalam rancangan 60 Minit termasuk seorang banduan yang berdiri di atas kotak dengan ditutup kepala dan tangannya diikat dengan wayar.

Rangkaian itu melaporkan dia diberitahu akan dikenakan kejutan elektrik jika jatuh.

Gambar lain menunjukkan tahanan bogel berbaring dan melakukan seks oral manakala askar Amerika ketawa.

CBS menyiarkan gambar tentera Amerika melayan buruk tahanan Iraq. Ia melaporkan siasatan tentera mendapati masalah sistem yang meluas dalam mengendalikan tawanan Iraq.

“Kami berang dengan tindakan askar terbabit yang bekerja dengan kami setiap hari, mewakili kami dan memakai pakaian seragam sama dengan kami, tetapi mendera askar lain,” kata Jeneral Kimmitt.

“Kami mahu askar kami dilayan dengan wajar oleh musuh, dan jika kami tidak boleh memberikan contoh baik mengenai cara melayan tawanan dengan hormat, kami juga tidak boleh meminta negara lain berbuat begitu kepada askar kami,” katanya.

Tentera simpanan, Staf Sarjan Chip Frederick didakwa memberi layanan buruk, menyerang dan melakukan perbuatan keji kerana mengambil gambar ketika sedang duduk di atas tawanan, menyerang tahanan dan mengarahkan banduan menyerang antara satu sama lain, menurut laporan CBS.

Frederick, pengawal penjara berasal dari Virginia dan peguamnya Gary Myers berkata kejadian itu berlaku kerana keadaan di penjara akibat tindakan komander.

”Kami tiada sokongan dan tidak ada latihan,” Myers memberitahu CBS. – AFP

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home