...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Wednesday, November 24, 2004

Malaysia, Hanfon dan Prepaid.

Assalamualaikum...

Anda menggunakan hanfon?
Berapa ramai orang guna hanfon dalam negara kita?
Ada berapa provider dalam negara kita?
Orang yang rapat dengan anda, berapa ramai yang guna hanfon?

Hehehehehehe...
Itulah dia fenomena yang berlaku dalam negara kita hari ini, dunia IT dan Telekomunikasi tidak dapat di pisah kan daripada kehidupan seharian. Hanfon dah menjadi satu keperluan dan bukan lagi kehendak atau satu alat untuk menunjukkan status.

Kalau pada mula kewujudan hanfon di negara kita, hanfon yang sebesar batu asah dah menunjukkan orang tu mempunyai kedudukan kewangan yang baik, tapi sekarang hanfon dah jadi satu keperluan dan hanfon yang bersaiz batu asah tu dah di lupakan, namun ianya masih menjadi asas kewujudan hanfon di negara kita.

Seingat aku, revolusi hanfon adalah antara erikson dan Nokia. Daripada saiz batu-bata kepada 'T' - Series, yang mempunyai penutup keypad. Nokia pun melalui revolusi yang sama jugak. Persaingan dua pengeluar ni adalah dengan bekerjasama dengan provider talian, di mana pada masa itu wujud nama - nama seperti; Sapura Telecom(kini DiGi), Adams(kini Timecel, terbaruformer Maxis), Art900(Celcom 019), Mobikom(018), Emartel(Kini TM-Touch, kini former Celcom), GSM1800(Kini Celcom 010).

Selain kewujudan provider yang banyak pada masa itu (tahun aku tak pasti <90-an>) dengan servis yang menarik(servis membuat panggilan berdasarkan jarak liputan 1-8 KM), bentuk hanfon juga berevolusi. Bermula dengan revolusi saiz antara Eriksson dan Nokia, Nokia daripada ada antenna kepada telefon pertama tanpa antena dan saiz yang lebih kecil. Sebelum keluar siri 3210 ada satu lagi hanfon Nokia yang menggunakan talian 010 tanpa antenna(aku tak ingat siri dia). Eriksson pulak memberikan revolusi daripada segi saiz dan kecomelan antena yang di gunakan. bermula dengan siri T-10 hingga yang ada sekarang sebelum bergabung dengan sony menjadi Sony-Ericsson.

Kini telefon dah keluar dalam berbagai jenis dan fesyen sesuai untuk lelaki dan wanita, muda dan tua, kecil tak leh pasal tak de duit lagik.

Kini provider dah tinggal tiga buah yang pada mulanya di mulakan oleh Celcom pada awal 1996 semasa pelancaran Measat(kalau aku tak silap). Aku ingat lagi masa aku mula-mula beli prepaid card, aku beli CPM. Sape tau?? jawab? itulah celcom prepaid mobile pada tahun 2000 aku beli dengan harga RM198. Maxis masuk 6 bulan kemudian RM200++. Harga ini bertahan hanya dalam masa setahun, lepas tu semua dah perang selepas kemasukan DiGi yang memberikan servis antara yang terpantas dalam melakukan revolusi, tapi aku pelik apsal dalam list nombor aku kurang sangat yang bermua dengan 016?(abaikan)...

Harga berperang (aku cerita pasal tiga provider ni pasal ni yang ada sekarang), turun dan turun sehingga aku di kejutkan dengan harga yang bermula pada raya 1425 hijrah tahun 2004. harga memasing jatuh sehingga kepada paras paling minima sehingga kita boleh katakan SIM card yang pada mulanya di jual beratu-ratus boleh di katakan percuma.

Kira - kira :
SIM card RM20.
masa bercakap = RM10
Tambah lagi RM10 selepas menghantar kembali borang soal jawab.
RM10 + RM10 = RM20 = FREE

hehehehehe
Sekarang ni rasa macam pengguna terdahulu (aku la tu), rasa seperti menghadapi tekanan jiwa sebab kejutan harga berlaku sekarang ni. :D

Satu lagi fenomena yang berlaku dalam bidang telekomunikasi adalah perkhidmatan STD dan IDD, yang mana menyediakan kadar panggilan lebih murah berbanding mobile line kepada talian tetap. Antara produk yang di kenalpasti adalah; Njoy (gambar sarimah), Starcall, I-Talk, Flexicall dan Ring-Ring-Card.

Jadi pilihan untuk berkomunikasi di malaysia ni ada banyak. Kenapa? mungkin sebab orang kita suka bercakap? Nak ayat awek pon mesti guna phone kan? ada la jenis orang dia, ada yang main jumpa je macam kawan aku- naga, tapi memang nyata perubahan begitu drastik dan kalau nak tengok spekulasi lebih lanjut klik sini







0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home