...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Friday, February 04, 2005

Nak tulis pon kena pakai banyak neuron otak ni..

Assalamualaikum.....

Selamat pagi, chow san, dan kalai vanakkan...
Macam biasa hari bermula seawal waktu azan subuh mendayu mengejutkan umat islam dari alam mimpi. Maka bagi sesiapa yang sanggup mengangat gebar yang menutupi badan untuk mengadap-Nya adalah kejayaan bagi mereka. Itu lah dia ayat yang menunjukkan betapa pada waktu subuh tu bapak aih.. susah gila nak bangkit walaupun amalan tu hanya dua rakaat dan tak sampai 5 minit nak buat. namun itulah dugaan bagi orang beriman.. Allazina'amanu..

Iman adalah benda mudah nak sebut namun untuk melaksanakan(membuktikan) adalah perkara yang benar-benar susah dan payah. Ini kerana iman tidak boleh di tunjukkan dengan hanya berkata "Aku beriman kepada Allah maha esa". Namun kena di buktikan dengan menghadapi ujian Allah. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita seharian, kita di uji dengan berbagai perkara, ada yang susah ada yagn senang, tidak kurang juga yang menuntut pengorbanan. Pengorbanan di tafsirkan sebagai sesuatu yang universal dan wujud dalam dua makna pengorbanan atau 'pengorbanan'. Ini kerana ada pengorbanan yang sia-sia, ada juga pengorbanan yang membawa hasil.

Inilah kita manusia tidak habis di uji sehingga ada yang berkata kenapa aku menerima nasib ini? kenapa bukan orang lain? kita solat hari-hari namun dugaan yang kita hadapi masih sama, masih payah, masih sukar, masih dan masih lagi. Namun ada yang tidak bersolat, namun dugaan yang dia hadapi lebih mudah dan senang. malah dia mendapat kelebihan di dunia.

Nasib jangalah di kenang hai si nasib, perkara terjadi kerana kententuan-Nya. Semua yang berlaku adalah dengan izi-Nya. Kita di berikan dugaan yang susah kerana kita mampu mereka yang tidak mendapat dugaan ini, kerana mereka tidak mampu atau masih belum tiba masanya. Ingatlah hidup ibarat roda..

Ini ingatan untuk diri sendiri sahaja tiada kaitan dengan yang lain2 ahaks :)

One more tahniah dan selamat pengantin baru kepada 'akak' aku. ahaks.. kununnn. Akhirnya dia dapat jugak melepasi dan mengharungi rintangan hidup yang telah di berikan kepadanya. tahniah dan selamat lagi sekali, lepas ni jagalah rumahtangga ke rumah lift ke ape ke.. moga dengan ini terpadamlah fitnah dan kata maki hamun dari mereka dan keluarga mereka.. (kenapa aku involve dalam problem orang ni..) belajar laa perkara lalu shad.. tapi tak pe laa.. ini je.. lepas ni dah tak de dah mintak mahap bebanyak..

Assalamualaikumm... Selamat hari jumaat, Jangan lupa solat jumaat siapa tau hari ni adalah hari kiamat yang di janjikan Allah.. Bye :D

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home