...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Thursday, January 27, 2005

Tak tau laa nak letak tajuk ape...

Semalam bertarikh 26 january 2005 genap la sebulan tragedi tsunami melanda sebilangan negara di asia. Dengan jumlah angka korban mencecah 200k++, namun di sebalik kejadian yang meragut sebegitu banyak nyawa. Adakah manusia menginsafi kejadian itu? Atau hanya tinggal kejadian hitam dan akan berlalu begitu sahaja? Bala bencana macam mana lagi yang perlu tuhan turunkan untuk kita menyedari akan kesalahan dan kesilapan kita di bumi-Nya ini?

Di sebalik kejadian hitam ini masih lagi terdapat konspirasi terhadap kejadian ini. termasuk la ada pihak yang mengambil kesempatan mengaku itu adalah kerana kekuatan teknologinya. Mengambil kesempatan di sebalik kejadian tuhan? Tuhan menjadikan bencana, namun manusia masih mengundang benca. Mengenai konspirasi tersebut sama-sama lah kita fikirkan kebenarannya dan cubalah kaitkan sama ada betul atau tidak.

Namun bagi yang mahu melihat ianya sebagai kekuasaan Tuhan sama - sama lah kita insafi dan berdoa lah supaya kita di jauhkan dan di selamat kan dari sebarang bahaya dan fitnah dunia. Sahabat - sahabat ku tanda - tanda kiamat telah semakin tiba, hanya menunggu penyelamat kita tiba sahaja lagi, sementara mereka tiba sama - sama lah kita mentauhid dan mengesakan tuhan. Jagalah keimanan dah ketaqwaan dalam diri kita.

Saudara - saudara ku, ingin aku mengambil kesempatan di sini untuk memberitahu bahawa rakan - rakan kita yang mengerjakan haji telah melaporkan sebenarnya email yang mengatakan pintu kaabah tidak boleh di buka adalah tidak benar, ini adalah salah satu lagi contoh fitnah dunia. Nauzubillah...

Sama-sama lah kita berdoa... Insya'allah Allah akan bersama dengan hambanya yang soleh... Aminn..

The_Advisor

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home