...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Tuesday, January 18, 2005

Dari Sahabat Buat Sahabat...

Assalamualaikum...
Moga tuhan merahmati kita semua yang lahir di muka bumi ini. Setiap kali mata kita mencelik terlihat kita kebesaran illahi.. Subhanallah maha suci ciptaan-Nya. Namun seharian kita menjalani hidup pancaroba dan halangan serta rintangan akan sentiasa menjadi irama dalam kehidupan..

Menyedari keadaan itu ada antara kita manusia melahirkan lagi pancaroba dan duagaan dari dalam diri kita, adakala kita melemahkan diri dengan ungkapan dan perkataa cacian kepada saudara kita, malah lebih jahat lagi apa bila seorang manusia mencaci, menghina dan mempermainkan diri sendiri.

Sahabat ku, kau mengharungi kehidupan dengan kesabaran, dengan ketenangan teruskanlah cara itu, kerana ingatlah janji Tuhan mu, sesungguhnya Dia bersama dengan orang yang sabar.

Tahniah sahabatku kerana berjaya mengharungi dugaan dan onak kehidupan, ada sahabat yang telah matang di sebabkan pengalaman, ada juga yang tidak akan matang malahan terus menjaja dan melelong cerita sahabat kepada sahabat.

Sahabat ku, masa kita di dunia ini semakin pendek. alam sekelilng sedang berdesas desus memanggil kita kembali kepada tuhan kita, alam kita sedang mingkat usianya, ingat kah sahabat pada nenek tua dalam cerita isra' dan mikraj. mungkin nenek tua itu sudah meniarap atau sudah pun meninggal dunia? siapa yang mengetahuinya?? Dia sahaja...

Sahabat ku, cendikiawan islam baru-baru ini mengkaji bahawa selepas kejadian gelinciran pada selat - selat terlibat dalam gempa bumi di aceh sedang beralih arah. gelinciran itu bersaiz berpuluh meter dan siapa tahu dengan dengan gegaran susulan yang sentiasa berlaku akan mengakibatkan gelinciran lebih besar lagi. Ini bermaksud bumi sedang berpusing dan menukar arah. tidak lama lagi kita akan bersembahyang ke arah yang terbalik. apa maksudnya? ya tanda besar kiamat!

Sahabat ku, hentikanlah semua jenis dosa yang sedang kita lakukan, hentikanlah, kerana kita tidak lagi punyai banyak masa. segeralah sujud kepadanya. kembalilah mentauhidkan Dia dan mengesakan Dia. Allah Rabbul Izzati..

Assalamualaikum...

Posted By The_Advisor

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home