...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Wednesday, December 01, 2004

INCREDIBLE

Satu lagi filem animasi tahun 2004 keluaran DISNEY ngan PIXAR. Kali ini mengisahkan tentang superhero yang memang kuat (kalau tak jangan panggil superhero la!) macam Superman, Batman dan tiga-empat hero lagi.

Dalam filem animasi kali ni, superhero dia dikenali sebagai Mr. Incredible yang memang gagah perkasa disamping pakej badan yang cukup tough. Di awal kemunculan Mr. Incredibles, dia banyak membantu menyelesaikan kes-kes jenayah yang tak mampu ditangani oleh pihak berkuasa dengan berkesan. Pihak berkuasa pun sangat berterima kasih kat Mr. Incredible ni.

Sehinggalah pada suatu hari, Mr. Incredible ni menyelamat seorang yang nak bunuh diri sendiri dengan terjun dari bangunan. Setelah insiden tersebut, orang tersebut melalui pendakwaraya bernama Oliver Sangvine telah mengemukakan fail tuntutan terhadap Mr. Incredible kat mahkamah sebab mengganggu proses membunuh diri tadi (macam tu la pulak...) Bermula dari kes tersebut, Mr. Incredible terus didakwa lagi sampai kerajaan rugi berbillion-billion ringgit nak bayar pampasan atas kes Mr. Incredible. Akhirnya, Mr. Incredible kena menjalani proses relokasi yang mana dia tak boleh lagi jadi superhero pada masyarakat sebaliknya menjalani kehidupan macam rakyat biasa.



Masa Mr. Incredible ni hidup sebagai rakyat biasa, dia berkahwin ngan Elastigirl yang juga superheroin (pasangan kepada superhero la...) kepada masyarakat sebelum program relokasi tu. Elastigirl ni pulak ada kelebihan dia sendiri iaitu boleh mem-plastickan diri dan boleh memflexible badan dia. Fulamak! Bila kena jadi orang biasa ni, Mr. Incredible dikenali sebagai Bob Parr yang bekerja di syarikat insurans manakala Elastigirl pulak dikenali sebagai Helen Parr yang menjadi suri rumah. Hasil perkahwinan mereka ni, diorang dapat tiga orang anak iaitu Violet, Dash ngan Jack. Anak-anak diorang ni pun ada kuasa jugak. Macam Violet, dia boleh menghaibkan diri dia ngan boleh membuat satu gelombang kuasa tapi seorang yang rendah diri kat sekolah dia. Manakala Dash pulak ada kuasa boleh berlari ngan laju yang amat dan sangat nakal kat sekolah. Dash selalu kenakan cikgu seperti meletakkan paku kat kerusi cikgu dia tapi terlepas dari tindakan guru besar sebab kepantasan dia pun tak dapat dikesan oleh kamera CCTV sekolah. Fulamak! Laju sangat la tu..

Bob Parr (Mr. Incredible ) yang bekerja di syarikat insurans telah bosan ngan tidakan boss dia yang asyik nak kaut untung aje tanpa pedulikan nasib pelanggan yang malang. Akibatnya, dia dibuang kerja sebab mengerjakan boss dia yang memang tak bermoral tu sampai masuk wad. Satu hari selepas dia dibuang kerja, dia mendapat satu tawaran dari pihak yang misteri supaya menjayakan satu misi memusnahkan satu robot. Mr. Incredible yang telah menyahut tawaran tu, tanpa bagitau wife dia telah pergi ke satu pulau. Rupa-rupanya pihak yang misteri tu orang jahat dan menangkap Mr. Incredible. Orang jahat tu pulak adalah Syndrome yang masa dia kecik-kecik dulu nak dikenali ngan nama Incredible Boy tapi Mr. Incredible taknak iktiraf dia. So, mungkin sebab tu Sindra ni nak balas dendam sebab dia pun macam teringin nak jadi superhero.



Bila tahu aje husband dia kena tangkap ngan orang jahat, Elastigirl pun sebagai wife yang penyayang mesti nak selamatkan husband dia. Lagipun Elastigirl ni kan ada kuasa jugak. Dalam dia nak pegi ke pulau di mana Mr. Incredible kena tangkap, anak-anak dia iaitu Violet ngan Dash curi-curi menyusup naik kapal terbang yang mak dia bawak. Jack tak ikut la sebab dia bayi lagi, berjalan pun tak pandai. Seterusnya, perjuangan Elastigirl sebagai wife serta dibantu ngan anak-anak dia yang hebat jugak menujukkan semangat kekeluargaan yang harmoni sebelum meraka berempat menjadi hero kepada masyarakat sekali lagi. Dekat pulau ni ada macam-macam adegan menarik yang menunjukkan skill dan kuasa masing-masing. Juga kemunculan kembali rakan superhero kepada Mr. Incredible, Frozone yang ada kuasa keluarkan ais batu turut membantu keluarga superhero ni menentang kuasa jahat. Nak tau lebih lanjut, kena la tengok filem ni yang memang sangat menarik untuk ditonton!

Hakcipta Terpelihara:
Wizurai@Malaysia.Com
Jiwang.Org

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home