...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Tuesday, June 28, 2005

Sekadar renungan untuk diri sendiri...

Ingatlah wahai orang yang mahu mendengar dan
merenung..walaupun seluruh jin dan manusia ingin
meninggalkan agama Allah, Darjah Allah tidak
akan turun sama sekali pun. Walaupun seluruh jin
dan manusia mahu memegang agama Allah
Darjah Allah tidak akan naik walau sedikit pun.

Pernahkah dalam setiap saat dan setiap masa
seluruh makhluk Allah taat kepadaNya? Bahkan
tidak pernah walau sesaat. Dosa tidak akan
memudaratkan sesiapa bahkan diri sendiri.
Malulah pada Allah terhadap dosa yang
disengajakan.

Dosa akan mengaburi hati mukmin untuk melihat
kebenaran. Dosa akan menyebabkan hati tidak
tenteram kerana Penciptanya sendiri akan
mencampakkan rasa bersalah didalam hati itu.
Dosa akan merosakkan cermin hati sehingga
setiap cahaya kebenaran akan dipesongkan
menghasilkan gambar yang tidak benar.

Ingatlah balasan Allah sangat keras terhadap
hamba-hambaNya yang sombong terhadap
perintahNya. Setiap dosa akan dibalas baik
sebagai balasan mahupun ujian bagi hambaNya
yang bertaubat.

Adakah mati tidak cukup menjadi peringatan
kepada kita..? Mengapa kita mahu membangkang
sedang dosa itu adalah mudarat dan tiada
kebaikannya? Mengapa kita mahu merasa bangga
dengannya sedang malaikat maut mengenal kita
lebih dari Ayah kita..

ingatlah dimana saat nyawa di halkum disaat
dipaparkan kedudukan kita disana barulah kita
sedar betapa ruginya kita. Adakah setelah
mengetahu hakikat bahawa hanya ada dua
keputusan yang akan menantikan kita di sana
tidak menggoncangkan hati kita?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home