...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Tuesday, March 29, 2005

Sampai akhirnya

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...
Hari ini bertarikh 29hb mac bermakna lebih kurang 2 hari sahaja lagi aku dalam tempoh praktikal ni.. Lepas nih aku akan kembalike kolej dan menyambung semula pengajian yang berbaki lagi dalam 3 bulan..

Selama aku praktikal aku rasa seronok sungguh, tiada masalah perlu di fikirkan, tiada perkara yang menganggu gugat kestabilan ekonomi dan kerajaan diriku.. huh, cakap cam kempen..

Situasi kerja yang seronok di kelilingi awex2 yang aku tak kenal, berkomunikasi ngan orang yang berumur lagi tua daripada aku, persekitaran kerja yang memaksa aku melakukan segalanya dengan penuh berdisiplin dan bukan lagi sambil lewa. Semuanya mengajar aku untuk bersedia ke arah masa depan di bidang pekerjaan.

Selama aku praktikal nih, aku dapat laa kenal ngan beberapa orang kawan, dan bertambah rapat ngan beberapa orang abang2 dan akak2 yang lagi otai daripada aku, samada dalam kehidupan, pekerjaan ataupun bidang komputer itu sendirik..

Apalagi yang aku perlu lakukan?? berterima kasih pada mereka semua, abg suhairi ma boss, abg saiful ma assist projek manager, abg rizal ma projek manager selaku orang yang slalu banjer makan free...

Kepada beberapa orang akak yang aku baru dan dah lama kenal, Pada pn zainab ma site boss, akak syazana slalu gak tolong aku nih, kak ayu slalu sembang ngan aku, macam-macam dia cite ngan aku.. mekasih..

Kepada kengkawan yang slalu gak tpon aku bong je la... semoga perjuangan kita di berkati-Nya, aku mengharapkan kejayaan kepada kita semua... Status blog nih akan di ketahui selepas aku balik Batu Pahat, samada akan di tutup ataupun diteruskan.. nama sniperblogs telah bermain di jari kengkawan yang kenal dan tak kenal, terima kasih pada korang suma.. Aku menghargai setiap counter hit yang korang berikan..

Buat Nursahatul selamat berkenalan, terima kasih sebab jadi kawan aku selama aku kat ofis korang... bye..

Assalamualaikum...
Hastalavista, fanito, finish, dah habis.. bye...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home