...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Monday, March 07, 2005

Assalamualaikum...

AL-FATIHAH..


Kepada saudara2 ku di ADTEC BP
Bertarikh 04 Mac 2004, salah seorang daripada sahabat kita, daripada unit kita, telah pergi meniggalkan kita. Beliau adalah saudara syazwan a.k.a boboy. Beliau di ceritakan jatuh daripada tingkat 4 asrama lelaki blok B. Keadaan beliau pada ketika itu di ceritakan demam panas. Namun kejadia sebenar masih belum saya ketahui. Bersama-samalah kita berdoa semoga roh beliau di beri rahmat oleh-Nya, kita sebagai umat islam bersama-samalah kita sedekahkan surah al-fatihah kepada beliau. Al-fatihah..

Pagi ini, berlaku pengalaman ngeri kepada snipe. Sewaktu melalui kawasan perindustrian Pandamaran, Pelabuhan Klang. Satu kejadian kemalangan antara dua motosikal telah berlaku. Dari arah snipe datang mula-mula kelihatan dua orang perempuan memakai uniform kilang, berwarna biru muda. Dapat di lihat keadaan dua motosikal yang hancur bahagian depan, namun hati snipe lega kerana kedua-dua orang yang snipe sangkakan sebagai penunggang kepada kedua-dua buah motosikal itu selamat. Namun bila snipe terus bergerak sedikit kehadapan dapat snipe lihat satu lagi mayat terkujur kaku, mangsa merupakan seorang lelaki. Tidak dapat dipastikan melayu atau cina. Jika melayu mungkin dia suami kepada salah seorang wanita berunniform biru tadi.

Mayat itu cukup mengerikan, dengan cebisan daging bersepah dalam dua tiga ketul dengan jarak satu meter dari tubuh mangsa. Dengan keadaan dubur yang terkeluar daripada seluar yang terkoyak di bawah. Dengan keadaan usus yang terkeluar dan yang lebih mengerikan badan mangsa hanya di cantumkan dengan kulit yang tinggal. Mangsa putus dua di bahagian perut.

Snipe pun naik moto jugak, fikiran pun jadi tak betul kejap asyik terbayang kemalangan yang berlaku tadi. Mintak di jauhkan daripada ajal maut seperti itu. Kalau sampai ajal snipe mintak jangan lah dengan cara kemalangan. itulah doa snipe selalu. Memang menakutkan..

Assalamualaikum...
Peace Bro!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home