...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Wednesday, February 16, 2005

Biro - biro

Assalamualaikum...
bismillahirrahmanirrahim...
Topik di atas adalah untuk menyatakan betapa banyaknya biro dalam pentadbiran di malaysia, termasuklah birokrasi. Inilah fenomena dalam pengurusan yang di laksanakan oleh mana-mana sistem pentadbiran, tak kira kerajaan atau swasta.

Sesuatu jabatan mempunyai orang bawahan, namun akhirnya segala urusan akan ke tangan orang paling atas sekali, dan akhirnya segala urusan akan menjadi lambat. Malah boleh melibatkan kelewatan ke atas perkara-perkara penting dalam kehidupan masyarakat, malah kadang-kadang sehingga mengancam nyawa.

Pelbagai contoh telah berlaku di hadapan mata kita. Namun fenomena ini masih juga berlaku. Masih ingatkah anda dengan peristiwa seorang kanak-kanak penyakit bengkak hati. Yang terpaksa menunggu beberapa bulan masih belum mendapat giliran untuk melakukan pembedahan, masih ingatkah anda dengan peristiwa seorang kanak - kanak rakyat malaysia yang menunggu kerakyatan antara dua negara. Sehingga timbul persoalan milik siapakah anak ini?

Sebagai contoh, seorang doktor. Apabila di bawa seorang mangsa tikaman, yang telah kehilangan darah yang banyak. Sedang berhadapan dengan maut. Menunggu saat-saat kematian jika tidak di selamatkan. Di bawa berjumpa dengan seorang doktor. Doktor itu berkata "Mangsa mesti di laporkan kepada pihak polis, biar polis lakukan siasatan dulu". Bagaimana perasaan anda jika dia adalah saurdara anda? jika dia adalah keluarga anda? tidak mustahil kes saudara nazri yang di bunuh pun mengalami masalah yang sama. Kerana mengikut sumber berita, luka di alami tidak boleh membawa maut jika di rawat dengan segera. Namun takdir tuhan 17 jam selepas di bawa ke hospital dia maut. Di hujung stereng lock.

Salah satu surat pembaca harian metro pada isnin lalu, bertajuk 'DUA BERADIK RAYU TARAF KERAKYATAN". Cerita mengisahkan dua beradik yang telah dewasa, masih lagi di sara oleh kedua ibu dan bapa kerana tidak mampu mencari pekerjaan. Malah tidak mampu melanjutkan pelajaran kerana tidak memiliki status kerakyatan yang sah. Ini semua angkara birokrasi yang melambatkan urusan malah menyusahkan orang ramai. Bagaimana jika gaji ibu bapa mereka hanya RM1000 sebulan? mampukah mereka menyara dua beradik yang telah dewasa ini? Bagaimana dengan masa depan mereka?

Apa yang berlaku di jabatan kerajaan sebenarnya? Biarlah aku yang jawab. Aku kerja dengan salah sebuah vendor rangkaian di negeri selangor. Tapak projek adalah di sebuah bangunan kerajaan selangor. Projek adalah menaik taraf rangkaian. Tahukan anda apa yang saya temui ketika melawat hasil projek? Projek yang di lakukan oleh subcon daripada syarikat kami tidak bermasalah, projek ok!

Tapi pekerja kerajaan malaysia (selangor) yang asyik berbual. Pergi ke jabatan perhutanan, sembang pasal kelas jahitan. Bahagian audit, tengah seronok 'makan' daging saudara mereka. Sedangkan banyak lagi kerja menanti. Audit periksa kesilapan di dalam perkiraan, perhutanan carilah dan jagalah kawan hutan kita. Kawasan kita di ancam pembalak haram setiap saat yang anda bazir dengan berbual.

KERAJAAN AMBIL LAH TINDAKAN TERHADAP RAYUAN DUA BERADIK BERKENAAN DAN KEPADA PIHAK SWASTA JANGAN LAH BIARKAN KEJADIAN PESAKIT BENGKAK HATI TERSEBUT BERULANG.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home