...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Monday, June 07, 2004

Ada keje ngan tak de keje..

Jumaat lepas aku gi mancing ngan member aku, yo my freen. heheh

Dalam kitorang lambung pancing dan tarik ikan gelama tu. kitorang sembang skit laa pasal bebudak kelas kitorang yang tak habis-habis nak mengadu.

aku ngan member aku dah tak paham ape lagi diorang nak sebenarnya. diorang time ada kerja diorang cakap banyak kerja. pengajar buat kelas diorang cakap banyak sangat kelas. lepas tu malas dan tak turun kelas.

bila dah tak de kelas dah abis semua benda yang ada dalam silibus diorang tak turun kelas dengan alasan bosan kat kelas tak de belajar jadi mana satu yang diorang nak sebenarnya??

manusia bila di berikan sesuatu bila baru nak cukup, mungkin sebab manusia ni tak pernah nak bersyukur kot? hanya tuhan yang tahu di mana kedudukan manusia yang tak pernah sedar ni. kenapa mesti ada kekurang ajaran dan kenapa mesti ada sikap mahu lebih tegas daripada seorang pengajar?

kenapa orang dulu anggap cikgu tu adalah umpama mak ngan ayah? sebenarnya kengkawan sesiapa pun yang memberikan kita sedikit panduan, atau menunjukkan kita jalan bermakna mereka telah memberikan kita ilmu. apabila mereka memberikan kita ilmu maka dia orang yang ada ilmu dan seharusnya di hormati.

thanx pada sesiapa gak yang memberikan aku ilmu. jalan hidup aku menjadi lebih mudah dengan ilmu yang kalian berikan.

Aku menulis bukan kerna apa yang ada (nama, pangkat, harta dsb). Tapi sebab dalam blog tak de apa2 yang perlu di sorokkan. menulis dengan hati yang ikhlas.

"merah, biru, hijau, kuning adalah penantian"
"hitam, putih dan kelabu adalah kehidupan"

PEACE!!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home