...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Friday, April 30, 2004

Kisah Setan Yang Selalu Injured....

Cerita ni dikongsikan oleh member aku nama dia mohd. fitri mangsor. hehehe saje je nak bagi dia glemer.

Ni citer pasal arahan bapak setan macam member aku ni. Satu hari bapak setan ni bagi arahan suapay anak-anak dia menganggu orang muslim yang beriman yang baru mula nak sembahyang. Haaa korang jangan tak tau kita dah nak sembahyang pon sempat lagi setan nak kacau. Bayangkan kalau kita tak sembahyang langsung. Itu nasihat untuk diri aku sendiri je tu...

Ok sambung balik. Masa setan nak kacau orang muslim yang nak sembahyang tu, tiba-tiba terdengar laa sebuah lagu merdu dan mempunyai kata-kata hikmat yang kalau di jadikan panduan hidup boleh memandu kita kearah kejayaan. Itu lah dia AZAN.

Bila terdengar azan ni anak syaitan tadi di kata kan lari lintang pukang sehinggakan mereka ni terlanggar bukit, pokok, kereta, rumah kita yang besar tu, dan segala benda yang ada dalam laluan nya termasuk kucing aku kot?

Mereka ni lari sehingga dah tak dengar bunyi azan tadi. bila dah tak dengar azan diorang pon lepak sambil merawat luka-luka yang diorang dapat akibat acara lari pecut tadi. Diorang sebenarnya tak de ubat untuk luka-luka ringan macam ni. Sehinggalah satu hari bapak setan tu cakap. 'korang pergi rumah orang islam dan pergilah dalam toilet diorang. Lepas tu carik air kencing orang yang kencing berdiri.'

'Haa... tuan-tuan dan puan-puan saya bukan cakap kosong ini ubat memang mujarab. kalau ada luka-luka dan cedera ringan akibat sukan dan main bola kat taman belakang rumah ini dia ubatnya. air kencing orang kencing berdiri.' Iklan sorang penjual ubat kat chow kitt.(Boleh ke macam tu...)

Kena Basuh

Pagi ni seperti biasa kitorang kena beratur sebelum masuk dalam bilik kuliah. So, dalam kitorang beratur tu ada sorang lecturer yang akan bagi 'basuh' kitorang. Pagi ni kitorang kena marah pasal semalam ada member kitorang yang ponteng kelas, sebenarnya dia mintak kebenaran.

Tapi diorang kata member aku tu bagi alasan yang nonsence. Alaaa... member aku ni jenis kepa business tapi bukan mata duitan. Dia simpan duit dan nak tambah duit kat bank dah tentu dia yang kena pegi uruskan semua tu. Tapi lect. aku tu ingat dia uruskan untuk mak bapak dia.

So, ekoran salah paham tu diorang suma dah tak benarkan student kuar masa kuliah dengan menggunakan alasan family matters.

Mungkin lepas ni aku akan gunakan alasan macam ni. 'A'kum en. saya nak balik kampung ni kucing kesayangan saya nak bersalin. saya yang kena hantar dia pegi klinik ni. tapi saya bukan bapak kucing tu. Boleh tak?

Tapi lepas tu jangan ada sesapa tanya kena pipi aku ada kesan tangan warna merah. :)

Thursday, April 29, 2004

Hehehehe....

Diorang skang tengah menjalani sessi fault finding di mana lecturer aku buat beberapa faulty kat PC diorang dan diorang kena carik. hehehe ada yang jumpa ada yang tidak. ada yang gelabah. Nice job Mr heikal. muakaka... aku taip blog pasal aku tak leh kacau sebab aku expert. hehhe bukan riak menunjuk je....

Assalamualaikum.....

Malam ni semua budak pompuan kelas aku kena training maintenance PC. aku plak carik maklumat untuk PJKM aku. Pening plak aku ngan linux dan semua komponen dia ni. Semua nak kena study dan semua kena carik kat internet dan belaja sendirik. Might me rest n peace (bukan mati!!!)