...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Monday, September 27, 2004

Sya'ban...

Hari ni dah masuk 12 Sya'ban
Sya'ban di katakan bulan nabi dan Ramadhan adalah bulan umatnya (Kita Semua)
Tiga hari lagi malam nisfu Sya'ban
Malam di bukakan pintu syurga seluas-luasnya
Kepada mereka yang beribadah di malamnya..

Salah satu ibadah yang mudah adalah berpuasa di siangnya
Dan membaca yasiin di malam nya..
Hari rabu ni malam sesapa yang nak mulakan boleh baca yasin tiga kali..
Setiap kali di sertai niat dan doa,
Khamis tu boleh puasa dengan niat puasa sya'ban..

K laa PEACE!!!

(Niat tu jap lagi aku masukkan, aku tak ingat)

Friday, September 24, 2004

Sniperurself....

Sepanjang minggu ni aku tak masukkan banyak entry..
aku ada banyak cerita tapi cerita tinggal cerita...

Tidak ada lagi
Cerita untuk kehidupan...
Cerita untuk panduan...
Cerita untuk perjalanan...

Maybe bila ada panggilan...
Aku akan bukak balik pengalaman aku...

But special welcome tu FARAH
Selamat menyertai rakan2 blog kat sini...
Wat NANAThanx 4 story yang ko bagi
Wat aku terkenang kisah masa kecil aku... (SAD)
Wat PIJAN
Jagha mini ko tuh nyangan kasek tia kechik hathi..

Wat kengkawan lain PEACE!!
Wat LYNDA thanx sudi tolong aku
carik tempat praktikal SYNC, ARD sudi tolong aku ngan DRAG

Thanx frenz...
Wat IEZA sori bebanyak kalau shad ada salah silap...
Dulu kita leh bersembang baik je...
Skang ieza dah lain je...
Citer pasal tunang ape suma tu shad cakap terus terang itu sembang kosong ngan
ASRI je tu...
Jadi kalau pasal tu ieza kecik ati it's nothin' than a junk word..

Thanx ALL....


Wednesday, September 22, 2004

Sedikit Renungan Buat A.K.U @ Shad @ Sniper @ Shram... PEACE!!!!

Assalamualaikum.Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bilamenghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..." "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..." "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran" "Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend
berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat
tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???/

Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam..

Friday, September 17, 2004

Special Appearance

Hari ni merupakan kemunculan sniper yang istimewa..
Hari ni hari assingment dan aku dan drag telah di amanahkan untuk meletakkan assinment kitorang dalam weblog kitorang ni..

Untuk kengkawan yang nak download assingment kitorang silakan right klik - save target as.

Tugasan_En_Heikal.doc

K laa buhbye....

Monday, September 13, 2004

Subhanallah...

Subhanallah.....
Maha suci Allah yang maha esa
Kejadian-NYA dan Kekuasaan-NYA,
Melebihi langit dan Bumi...

Ya ummati.. Ummati...
Itulah ungkapan pesuruh allah
Saat nafas berada di penghujung..
Di panggil tuhan menghadap-NYA

Ummati... Ummati...
Hari ini kau tidak lagi
Seperti para sahabat
Islam itu pada nama
Bukan pegangan....

Ya Allah Ya Tuhan ku...
Kerdil hamba menghadap mu..
Memohon perlindungan dari mu
Rabbul Izzati...

Tetapkan lah imanku..
Lindungi ku dari dosa akhir zaman ini..
Ya Latif.. Kepada mu ku bermohon
Ya Rahim.. Kepada mu ku meminta
AAmmiinnn.... (perkenankanlah Doa kami...)

Peristiwa besar dalam Al-Quran

Peristiwa besar dalam Al-Quran

APABILA ulama Mesir, Dr Zaghlul Najjar, tampil menerangkan kejadian runtuhan World Trade Center (WTC), New York pada 11 September 2001 sudah dibayangkan al-Quran, penduduk dunia, termasuk umat Islam sendiri berasa takjub.
Ini kerana tiada siapa pun termasuk perisik Amerika Syarikat sendiri gagal menjangka pesawat akan digunakan sebagai 'senjata' bagi meruntuhkan bangunan lambang kemegahan negara berkenaan.

Mengikut kajian Dr Zaghlul, runtuhan WTC turut mencatatkan sejarah hitam bagi Amerika seolah-olah digambarkan menerusi ayat ke 110 Surah at-Taubah dalam al-Quran.

Ayat itu bermaksud: "Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu sudah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Kajian mendapati beberapa fakta mengenai kejadian runtuhan WTC mempunyai kaitan dengan ayat berkenaan antaranya bangunan WTC setinggi 110 tingk at dan peristiwa itu berlaku pada bulan kesembilan Masihi (September) manakala ayat al-Quran berkenaan adalah ayat ke- 110 dari surah kesembilan (at-Taubah).

Persamaan lain, ia berlaku pada 11 haribulan manakala ayat berkenaan berada dalam juzuk ke-11 dan peristiwa berlaku pada 2001 manakala huruf terakhir ayat adalah huruf ke- 2001.

Penjelasan Dr Zaghlul itu meyakinkan umat Islam bahawa isi kandungan al-Quran benar-benar memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan manusia secara jelas atau memerlukan kajian mendalam.

Hal itu diakui Allah menerusi firman-Nya: "Inilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah." (Surah Yunus, ayat pertama).

Ayat lain daripada surah al-Hijr, juga ayat pertama bermaksud: "(Surah) ini adalah (sebahagian daripada) ayat-ayat al-Kitab (yang sempurna) iaitu (ayat-ayat) al-Quran yang memberi penjelasan."

Malah, misteri yang terkandung dalam ayat al-Quran membuktikan kitab suci dan mukjizat terbesar dikurniakan All ah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w itu bukanlah rekaan manusia.

Sebaliknya, penemuan itu seharusnya menambahkan keimanan umat Islam bahawa ayat al-Quran datang daripada Allah s.w.t sepertimana firmannya dalam surah as-Syu'araa', ayat ke-192: "Dan sesungguhnya al-Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam."

Ayat lain menunjukkan bahawa al-Quran diturunkan Allah menerusi ayat pertama dari surah al-Qadr iaitu: "Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar."

Peristiwa runtuhan bangunan WTC tiga tahun lalu bukanlah gambaran pertama al-Quran mengenai sesuatu peristiwa yang bakal terjadi pada masa akan datang.

Sebaliknya, kitab suci itu dikatakan sudah menggambarkan mengenai kebangkitan kembali bangsa Rumawi selepas dikalahkan bangsa Persia dalam peperangan pada tahun 614.

Selepas berakhirnya peperangan berkenaan, turunlah ayat pertama hingga keempat dari surah ar-Rum menyatakan bangsa Rumawi akan kembali m enang dalam tempoh beberapa tahun.

Kemenangan bangsa Rumawi terhadap bangsa Persia itu kemudiannya benar-benar terjadi kira-kira lapan tahun kemudian seperti yang diramalkan al-Quran.

Selain gambaran mengenai peristiwa yang bakal berlaku pada masa akan datang, kajian isi kandungan al-Quran juga menunjukkan yang kitab suci itu mengandungi pelbagai ilmu yang melampaui zaman ia diturunkan.

Ini kerana pada zaman al-Quran diturunkan iaitu pada abad keenam, masih belum ada kajian sains mengenai alam semula jadi yang dilakukan menyebabkan masyarakat masih belum mengetahui mengenai ilmu sains dan teknologi.

Kajian mengenai pelbagai rahsia alam bermula kira-kira abad ke-19 dan ketika itulah didapati bahawa segala fakta sains yang ditemui adalah selaras dengan maklumat asas daripada al-Quran.

Antara fakta sains yang ditemui dan terdapat dalam al-Quran adalah semua cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), pokok menghasilkan bahan bakar (Yaasiin: 80), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An'aam: 125).

Fakta lain adalah semua makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (Al-Mu'minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa': 32).

Selain itu, kajian lain yang dijalankan bagi mencari keajaiban al-Quran mendapati bahawa jumlah sesetengah perkataan berbahasa Arab di dalam kitab itu adalah saling berlawanan.

Antara perkataan berkenaan adalah; dunia yang disebut sebanyak 115 kali manakala akhirat yang turut disebut sebanyak 115 kali, malaikat dan syaitan (88 kali), hidup dan mati (145 kali), faedah dan kerugian (50 kali), kesusahan dan kesabaran (114 kali) serta lelaki dan perempuan (24 kali).

Perkataan lain adalah ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohon perlindungan daripada iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali), bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan berkat (32 kali).

Golongan muslimin dan jihad (41 kali), orang yang sesat dan meninggal dunia (17 kali), emas dan kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan fitnah (60 kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan sumpah (25 kali), nafsu dan ketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan berdakwah (18 kali).

Jumlah perkataan lain dianggap ajaib dijumpai adalah solat (lima kali), bulan (12 kali), tahun (365), lautan (32 kali) dan daratan (13 kali).

Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus bersamaan dengan jumlah sebenar kawasan laut dan darat yang terdapat di dunia ketika ini iaitu 71.111 peratus dan 28.889 peratus.

Misteri dan rahsia yang terkandung dalam al-Quran seharusnya meyakinkan umat Islam bahawa agama Islam adalah agama yang benar selaras dengan rukun iman ketiga iaitu beriman terhadap kitab-kitab Allah.

Friday, September 10, 2004

Hidup - Impian, Cita - cita dan harapan

Salam dunia..
Salam dunia ku...
Salam Hidup..
Salam Hidup ku...

Dunia kita, kamu, dan aku
Dunia ini berbeza..
Hidup kita, kamu dan aku
Hidup ini berbeza..

Beza ini mungkin nampak
Mungkin tidak,
Tapi selagi kita hidup
Arah yang dituju itu sama saja..
Mati.. itu lah yang pasti..

Ke mana hala di tuju..
Ke mana ranjau di redah..
Ke mana haluan di bawa..
Ke sana kita akan menuju...

Sebelum kita ke sana..
Sebelum aku ke sana..
Maaf jua ingin di pinta
Seribu salah dan silap
Harap di maafi..

Kerana aku ciptaan rabbul izzati..
Tiada lengkap dan sempurna diri..
Kengkawan, mak, ayah, adik, dan kekasih ku
Muhasabah ku hari ini ikhlas dari hati..

Andai hari esok tiada lagi buat ku..
Andai hari ini terakhir buatku..
Biarlah aku terus mencari apa yang kita semua cari
Biarlah kita bertemu di sana..

Terima kasih untuk semua yang telah kalian berikan..
Aku berharap aku tidak akan meminta...
Halalkan makan minum..
Halalkan belanja kalian pada aku..
Maafkan kekasaran aku pada kalia..

Wassalam..
PEACE!!
Terimalah 'Please Forgive me - Bryan Adams'

Cerita Dari Aku....

Bryan Adams - Please Forgive Me


Still feels like our first night together
Feels like the first kiss
It's getting better baby, no one can better this
Still holding on, you're still the one
The first time I rise me, same feeling I'd get
Only feels much stronger, and I wanna love you longer
You still turn the fire on

So if you're feeling lonely, don't
You're the only one I'd ever want
I only wanna make it good
So if I love you a little more than I should..

Please forgive me, I know not what I do
Please forgive me, I can't stop loving you
Don't deny me, this pain I'm going through
Please forgive me, If need you like I do
Please believe me, for what I say is true
Please forgive me, I can't stop loving you

Still feels like our best times are together
Feels like the first touch
Still getting closer baby, can't get close enough
Still holding on, still number one
I remember the smell on your skin
I remember everything, I remember all your moves
I remember you, yeah
I remember the nights, you know I still do

So if you're feeling lonely, don't
You're the only one I'd ever want
I only wanna make it good
So if I love you a little more than I should..

Please forgive me, I know not what I do
Please forgive me, I can't stop loving you
Don't deny me, this pain I'm going through
Please forgive me, If need you like I do
Oh, believe me, for what I say is true
Please forgive me, I can't stop loving you

The one thing I'm sure of, is the way we make love
The one thing I depend on, is for us to stay slow
But everywhere and every breath, I'm prayin'
That's why I'm sayin'

Please forgive me, I know not what I do
Please forgive me, I can't stop loving you
Don't deny me, this pain I'm going through
Please forgive me, If need you like I do
Babe believe me, for what I say is true
Please forgive me, If can't stop loving you
Now believe me, I don't know what I'd do
Please forgive me, I can't stop loving you

Can't stop, lovin' you