...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Tuesday, November 30, 2004

DaLaM kEnaNGaN

Semalam tidor aku telah di ganggu dengan bunyi hp aku... aku tengok jap baru kol 12 tengah malam...Ketika tu aku rasa hairan sangat sebab orang yang call aku tu menangis seolah2 ada sesuatu yang berlaku... aku pun bertanya pada dia kenapa dia menangis selalunya kalau dia call aku suara dia happy tak lah menangis macam tu....
Jawapan yang diberikan membuatkan aku terdiam... ketika tu aku tak mampu nak kata apa2.. dengan sendirinya aku tering balik kata2 pakcik tu.. pakcik tu pernah tanya kat kita orang " seandainya kita orang dah berjaya adakah kita orang akan lupakan anak dia.. dan adakah kita orang akan tolong anak dia jika anak dia berada dalam kesusahan" ketika tu aku hanya mampu tersenyum sebab aku tak berani nak bagi jawapan sebab aku sendiri tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang.. 4 tahun dah pun berlalu.. namun aku tak pernah lupakan anak dia walaupun aku tak jumpa anak dia.. aku tetap akan call anak dia bila aku ada masa.....
AL_FATIHAH semoga tuhan mencucuri rahmat keatas beliau.. dan semoga tuhan tempatkan beliau di dalam golongan orang2 yang beriman...

-BudakComel-

Monday, November 29, 2004

Minggu akhir



Minggu terakhir dah pun tiba... tinggal lagi berapa hari jer iEza akan masuk sem akhir.. tak sabar rasanya nak habis belajar.. lepas habis belajar jer iEza akan buat pratikal.. kat mana tak payah ler bagi tau sesiapa yang dah kenal ngan iEza tentu korang tau kan kat mana....
Adoi buat penat jer iEza datang kolej ari nie.. bukan ada kelas pun.. lect iEza MC lak.. bukan nak bagi tau awal2 selalu nya dia bagi tau kalau dia MC.. mungkin dia ada call iEza tapi kebetulan lak iEza guna no fon satu lagi.. ermmm nak buat kerja pun tak leh gak pasal dalam kelas ada student baru... nak tak nak tunggu jer ler....
Pada kengkawan yang mengenali iEza.. iEza mohon maaf kat korang kalau iEza ada buat salah.. terutama pada asri... ketahuilah bahawa iEza tak pernah benci korang walaupun kadang kala apa yang korang lakukan menyakitkan hati... salam sayang dari iEza tuk korang smua..

-BudakComel-

Edited by - sniper

BLADE TRINITY SWEEPSTAKES...

Susulan daripada Blade I dan II


>


Kepada peminat wesley snipes as blade moh kita sesama nantikan felem ini... Aku minat pasal ada 'snipe' tu.

Hadooiii laaa...

Assalamualaikum..

Minggu ni aku harap ke 'malang' an yang menimpa aku dua hari ni tak berterusan, semalam aku balik aku lupa nak mintak duit kat mak aku, aku balik dengan berbekalkan RM20 KL to Batu Pahat. Tolak tiket RM15 tinggal RM5, itu je laa duit aku minggu ni, minggu ni minggu last aku kat sini. Minggu depan pada 06 DEC 2004. Aku akan menjalani pembedahan. seteusnya cuti dua minggu dan menamatkan terus semester aku tahun ni. Sebelum aku menjalani Latihan Industri tahun depan. Aku LI kat GSI SDN BHD kat Plaza Perangsang, Shah Alam.

Minggu lepas aku dapat mesej pelik daripada zurisha.. Kalau dia baca entry ari ni.. jaga diri bebaik... Aku tak de kredit so aku tk leh balas dah mesej ko.. Sowwiiii bebanykkk ye...

Aku nak mintak maaf lagi sekali salah dan silap aku.. pada kengkawan blog aku thanx sudi jadik kawan aku.. doa aku sentiasa bersama kalian.. moga kita di lindungi-NYA dan sentiasa dalam keberkata-NYA, Assalamualaikum...

:(( Apa pasal blog aku rusak aaa....?? !(*^&*&%(&(*&(*&)(*&(^&&*

Thursday, November 25, 2004


14


Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hati ku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, janganbiarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Wednesday, November 24, 2004

Apa Dah Jadi niE

Dah ler pagi tadi iEza bangun lambat pulak tu tak cukup tido bukan tu jer dalam kelas punyalah bosan tahap cipan. Tapi yang paling iEza geram lagi marah Lagi kecewa n apa2 jer ler yang sewaktu dengan nya adalah berkaitan dengan hp iEza.. Apa dah jadi dengan hp iEza pun iEza tak tau.. kenapa time2 dalam kecemasan tak leh guna lak.. dari kol berapa tadi iEza tak leh buat call out.. jangan kata call out kekadang orang call iEza pun tak dapat... theheheheh banyak kali gak iEza kena marah ngan faizal n farah pasal kekadang diorang call tak dapat. ada ker diorang kata iEza off kan hp pada hal line cam cipan.....
Kalau ikutkan hati nak jer iEza tukar no Fon tapi nanti payah lak orang nak call... tahun nie jer dah 5 kali iEza tukar no fon tu pun dahg kena marah... nyusahkan jer... Kalau ikutkan hati nak jer iEza campak hp dalam laut.. tapi kalau takde hp payah gak... payah .. tak tau nak buat apa.. kalau iEza tak tau dah tentu ler korang pun tak tau..... ok ler salam sayang dari aku tuk korang..

-BudakComel-

Adooooiiii.....

Assalamualaikum...

Hape nak jadi ngan kengkawan aku hari ni, wokey laa ini macam laaa.. aku mintak hampun dan mahap je laaa senang cerita..

Benda dah jadik aku nak wat lagu mana lagi??

Pejal aku mintak mahap ye... Aku tak niat nak ajak adik ko kuar tanpa bagi tau ko... aku tak sengaja... Mahap ye... dah laaa tuu jangan laaa marah lagik ngan aku, tak de gunanya ko marah aku lelama...

Tapi kalau ko nak marah gak aku tak leh laa nak ape... aku tunggu je laa sampai ko reda marah.. alaaa hujan leh berenti.. tak gitu?? dah laaa tu ye pejal.....


Tercampak @ Tersesat = hit naik :)

Macam mana diorang leh sesat masuk dalam blog aku???? mailto:!@#!#%@$@#^%^&$&%*#$%
selamat datang laaa walaupun diorang tak tau bahasa melayu.. :))



Malaysia, Hanfon dan Prepaid.

Assalamualaikum...

Anda menggunakan hanfon?
Berapa ramai orang guna hanfon dalam negara kita?
Ada berapa provider dalam negara kita?
Orang yang rapat dengan anda, berapa ramai yang guna hanfon?

Hehehehehehe...
Itulah dia fenomena yang berlaku dalam negara kita hari ini, dunia IT dan Telekomunikasi tidak dapat di pisah kan daripada kehidupan seharian. Hanfon dah menjadi satu keperluan dan bukan lagi kehendak atau satu alat untuk menunjukkan status.

Kalau pada mula kewujudan hanfon di negara kita, hanfon yang sebesar batu asah dah menunjukkan orang tu mempunyai kedudukan kewangan yang baik, tapi sekarang hanfon dah jadi satu keperluan dan hanfon yang bersaiz batu asah tu dah di lupakan, namun ianya masih menjadi asas kewujudan hanfon di negara kita.

Seingat aku, revolusi hanfon adalah antara erikson dan Nokia. Daripada saiz batu-bata kepada 'T' - Series, yang mempunyai penutup keypad. Nokia pun melalui revolusi yang sama jugak. Persaingan dua pengeluar ni adalah dengan bekerjasama dengan provider talian, di mana pada masa itu wujud nama - nama seperti; Sapura Telecom(kini DiGi), Adams(kini Timecel, terbaruformer Maxis), Art900(Celcom 019), Mobikom(018), Emartel(Kini TM-Touch, kini former Celcom), GSM1800(Kini Celcom 010).

Selain kewujudan provider yang banyak pada masa itu (tahun aku tak pasti <90-an>) dengan servis yang menarik(servis membuat panggilan berdasarkan jarak liputan 1-8 KM), bentuk hanfon juga berevolusi. Bermula dengan revolusi saiz antara Eriksson dan Nokia, Nokia daripada ada antenna kepada telefon pertama tanpa antena dan saiz yang lebih kecil. Sebelum keluar siri 3210 ada satu lagi hanfon Nokia yang menggunakan talian 010 tanpa antenna(aku tak ingat siri dia). Eriksson pulak memberikan revolusi daripada segi saiz dan kecomelan antena yang di gunakan. bermula dengan siri T-10 hingga yang ada sekarang sebelum bergabung dengan sony menjadi Sony-Ericsson.

Kini telefon dah keluar dalam berbagai jenis dan fesyen sesuai untuk lelaki dan wanita, muda dan tua, kecil tak leh pasal tak de duit lagik.

Kini provider dah tinggal tiga buah yang pada mulanya di mulakan oleh Celcom pada awal 1996 semasa pelancaran Measat(kalau aku tak silap). Aku ingat lagi masa aku mula-mula beli prepaid card, aku beli CPM. Sape tau?? jawab? itulah celcom prepaid mobile pada tahun 2000 aku beli dengan harga RM198. Maxis masuk 6 bulan kemudian RM200++. Harga ini bertahan hanya dalam masa setahun, lepas tu semua dah perang selepas kemasukan DiGi yang memberikan servis antara yang terpantas dalam melakukan revolusi, tapi aku pelik apsal dalam list nombor aku kurang sangat yang bermua dengan 016?(abaikan)...

Harga berperang (aku cerita pasal tiga provider ni pasal ni yang ada sekarang), turun dan turun sehingga aku di kejutkan dengan harga yang bermula pada raya 1425 hijrah tahun 2004. harga memasing jatuh sehingga kepada paras paling minima sehingga kita boleh katakan SIM card yang pada mulanya di jual beratu-ratus boleh di katakan percuma.

Kira - kira :
SIM card RM20.
masa bercakap = RM10
Tambah lagi RM10 selepas menghantar kembali borang soal jawab.
RM10 + RM10 = RM20 = FREE

hehehehehe
Sekarang ni rasa macam pengguna terdahulu (aku la tu), rasa seperti menghadapi tekanan jiwa sebab kejutan harga berlaku sekarang ni. :D

Satu lagi fenomena yang berlaku dalam bidang telekomunikasi adalah perkhidmatan STD dan IDD, yang mana menyediakan kadar panggilan lebih murah berbanding mobile line kepada talian tetap. Antara produk yang di kenalpasti adalah; Njoy (gambar sarimah), Starcall, I-Talk, Flexicall dan Ring-Ring-Card.

Jadi pilihan untuk berkomunikasi di malaysia ni ada banyak. Kenapa? mungkin sebab orang kita suka bercakap? Nak ayat awek pon mesti guna phone kan? ada la jenis orang dia, ada yang main jumpa je macam kawan aku- naga, tapi memang nyata perubahan begitu drastik dan kalau nak tengok spekulasi lebih lanjut klik sini







Tuesday, November 23, 2004

First iEza nak ucapkan terima kasih bebanyak kat tuan nyer blog nie... pasal dia telah membenarkan iEza merosakan dia nyer blog ( gurau jer jangan marah).... Kepercayaan yang telah tuan nyer blog berikan pada iEza akan iEza gunakan srbaik yang mungkin... Bukan senang tuk mempercayai seseorang lebih2 lagi orang yang baru kita kenal....
Tuan nyer blog nie pesan kat iEza agar iEza tulis Entry yang sopan2 tak boleh yang ***** (paham2 dah ler).... Untuk hari nie tak Ada apa yang iEza nak kata kan kat sini Cuma nak Ucapkan terima kasih bebantak kat tuan nyer Blog nie sebab memberi keizinan pada ieza untuk ieza rosakan blog dia...
Buat permulaan nie iEza tak akan tulis apa2 Entry dulu.. sebab masa iEza agak terhad.. balik dari cuti nie banyak kerja yang iEza kena siapkan.. Terima kasih banyak2 yer shad pasal bagi iEza tulis dalam blog shad yang cantek nie.. salam sayang dari iEza

-BudakComel-

Monday, November 22, 2004

Dari jauh ku kirim salam,
Dari jauh ku pohon maaf,
Salam lebaran di kirim,
Setelah ramadhan berakhir.

Terkasar bahasa tesilap kata,
Maaf jua yang daku pinta,
Andai sudi memberi,
Keberkatan jua yang ku doakan..

Wat semua kengkawan, ari ni aku dapat masuk balik dalam blog aku yang tak seberapa ni.
Setelah lebih kurang sebulan bercuti.
Wat semua yang tinggalkan mesej maaf aku tak dapat nak balas.
Lepas ni aku STOP kejap sambung tahun depan or bila aku free
So, i can say babai lah ye...
PEACE!!! n jaga diri korang bebaik,
Kalau Tak korang sape lagik????
BYE.. BYE.. :-(( :-((