...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Tuesday, June 28, 2005

Aku sker ngn lagu nih..

Lagu nih aku copy daripada blog nih,
Bleh ye... tak pe aku bagi kredit kat ko nih...
http://maccarulez.blogdrive.com/

Artist: Jinbara
Title: Kasihnya Laila

Seisi alam menagih kasihnya laila
Dibalik selendang sembunyi nurkasihmu

Bagai mimpi..
Kau ku temu..
Gadis yang ku dambakan terserlah ayu
Terbit kasihku namun tertunduk malu
Kerna ku tahu bezanya kau dan aku

Kau menjelma..
Bak cahaya..
Suluhku yang terabadi dalam dada
Assalamualaikum hulur bersama
Bersama kita mencipta bahagia

Dibalik selendang sembunyi nurkasihmu
Tersimpul hatimu hatiku satu
Persis si majnun menagih kasihnya laila
Terbelah dunia tetap bersama

Dibalik selendang sembunyi nurkasihmu
Tersimpul hatimu hatiku satu
Persis si majnun menagih kasihnya laila
Terbelah dunia tetap bersama

Bawaku bersamamu gapai sejahtera
Dikenangi kau aku suci
Titisan kasih

Seisi alam pun pastikan merestui
Moga kasih lalilaku kan kekal abadi

Sekadar renungan untuk diri sendiri...

Ingatlah wahai orang yang mahu mendengar dan
merenung..walaupun seluruh jin dan manusia ingin
meninggalkan agama Allah, Darjah Allah tidak
akan turun sama sekali pun. Walaupun seluruh jin
dan manusia mahu memegang agama Allah
Darjah Allah tidak akan naik walau sedikit pun.

Pernahkah dalam setiap saat dan setiap masa
seluruh makhluk Allah taat kepadaNya? Bahkan
tidak pernah walau sesaat. Dosa tidak akan
memudaratkan sesiapa bahkan diri sendiri.
Malulah pada Allah terhadap dosa yang
disengajakan.

Dosa akan mengaburi hati mukmin untuk melihat
kebenaran. Dosa akan menyebabkan hati tidak
tenteram kerana Penciptanya sendiri akan
mencampakkan rasa bersalah didalam hati itu.
Dosa akan merosakkan cermin hati sehingga
setiap cahaya kebenaran akan dipesongkan
menghasilkan gambar yang tidak benar.

Ingatlah balasan Allah sangat keras terhadap
hamba-hambaNya yang sombong terhadap
perintahNya. Setiap dosa akan dibalas baik
sebagai balasan mahupun ujian bagi hambaNya
yang bertaubat.

Adakah mati tidak cukup menjadi peringatan
kepada kita..? Mengapa kita mahu membangkang
sedang dosa itu adalah mudarat dan tiada
kebaikannya? Mengapa kita mahu merasa bangga
dengannya sedang malaikat maut mengenal kita
lebih dari Ayah kita..

ingatlah dimana saat nyawa di halkum disaat
dipaparkan kedudukan kita disana barulah kita
sedar betapa ruginya kita. Adakah setelah
mengetahu hakikat bahawa hanya ada dua
keputusan yang akan menantikan kita di sana
tidak menggoncangkan hati kita?

Kehidupan..

1 message
received

//////Opening///////

Lahirnya manusia,
Di sambut dengan azan,
Kembali padanya,
Di hantar dengan solat,
Betapa pendeknya kehidupan kita,
Antara azan dan solat.

Sender
Sayang..
01xxxxxxxx

Sent:
xx:xx
xx-xx-xx

Tuesday, June 07, 2005

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan salam sejahtera..
Alhamdulillah dengan rahmat dan berkat daripada Allah(SWT) dengan jayanya segulung diploma sebagai permulaan telah berada dalam tangan. Insya'Allah dengan peluang yang ada tiada cita2 lain yang ingin aku laksanakan selain membantu kedua orang tua ku yang telah membantu dan menyara aku selama ini..

Buat kengkawan seperjuangan bukan aku sengaja untuk menyimpan dendam, tapi aku tak mampu nak melupakan cerita lama.. kenangan 'manis' yang korang berikan tak mungkin dapat aku lupakan. dan hari ini kenangan itu semakin kuat terngiang2 di telinga ini.. Namun atas apa yang berlaku aku masih mampu memohon maaf atas dasar manusia yang duduk sebagai jiran.

Andai lepas nih ada antara kita yang terasa lagi, aku bukan menyisih bukan menjauh, tapi inilah apa yang aku rasa, kenangan 'manis' yang semakin kuat terngiang, semakin kuat hati ingin menjauhi tempat yang menyimpan 1001 cerita dalam 3 tahun kehidupan aku. Di tanah bernama BATU PAHAT.

Maaf, maaf dan maaf atas pendirian aku yang tidak berubah dan kepercayaan aku yang lebur sejak setahun lalu. Kenangan mengajar aku untuk menyimpan dan berdikari dan berusaha untuk diri sendiri. Sampai sini cerita 3 tahun.. Tamat di sini cerita 3 tahun

Bye...

Thursday, June 02, 2005

Assalamualaikum...

Assalamualaikum..
Selamat petang,
Salam sejahtera..


Marah adalah satu emosi yang di dorong oleh tekanan yang datang daripada sekeliling, di sokong oleh fikiran yang bercelaru serta tekanan daripada dalam diri sendiri.
Itulah definisi marah yang berlaku di dalam kelas aku skang nih, sensorang mampu mengeluarkan emosi nih. Tanpa kita sedar sebenarnya kita telah menurut satu lagi kemahuan dan kegemaran setan. Harap ape yang terjadi tidak berterusan, dan moga lepas kita grad nih suma akan melupakan kisah2 yang lepas.

Bon Voyage ma frenn..
Assalamualaikum...

Wednesday, June 01, 2005

Assalamualaikum...

Selamat pagi,
Chowsan,
Kalaivannakkam..

Hari nih, suma dah settle, dah selesai, alhamdulillah kerana usaha yang selama ini aku curahkan pada projek aku, berjaya aku persembahkan semalam. Walaupun projek aku tidak 100% berfungsi. Credits thanx to all my fren n my team mate diorang suma yang mencurahkan tenaga untuk menyiapkan kertas laporan dan kertas kerja. Tanpa diorang suma nih memang keje aku tak siap laa jawabnye...

Minggu nih juga adalah minggu kedua terakhir tapi aku masih tak abih gak daripada adtec nih pasal aku kena membayar jasa penyelia aku dengan menjadi jurulatih kepada saudara dragon iaitu anak murid kepada penyelia kumpulan aku untuk persiapan menghadapi pertandingan kemahiran. Doakan dia berjaya, aku pun doakan ko berjaya drag.

Kepada semua kengkawan, aku mintak maaf semua salah silap selama aku kat sini. Moga selepas ini tidak akan ada yang menyimpan dendam atau rasa marah. Jasa korang semua akan aku kenang sampai mati. Insya'allah panjang umur kita akan berjumpa lagi, insya'Allah.. aku bukan pergi jauh pun.. aku nak balik sabah keje kat sana dan mulakan hidup aku semula kat sana..

Terima kasih semua..
Fanito, Hastalavista, bye..
Assalamualaikum...