...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Monday, December 06, 2004

DiKaLa SePi

Ntah Kenapa hari nie iEza rasa bosan yang teramat sangat.. Pagi tadi dah arrr tak boleh check mail n nak bukak website kegemaran iEza.. kenapa n sebab apa iEza pun tak tau... Nampaknya iEza tak dapat ler nak sembang ngan tuan nyer blog nie pasal tuan nyer blog nie dah cuti panjang.....
Sepatutnya pagi tadi iEza kena jumpa lect tapi rasa malas ler pulak.. huhuhuhuhu bosan yang amat sangat sampai tak tau nak buat apa... ok ler iEza harap korang happy n bahagia selalu.. salam sayang tuk korang smua....

By BudakComel

Friday, December 03, 2004

Everything has a beginning has an ends...

...:::Everything has a beginning has an ends :::...

Yup.. sesapa yang minat filem trilogi matrix, pasti pernah mendengar atau membaca ungkapan di atas. itu adalah ungkapan yang memberitahu hakikat kehidupan bahawa setiap yang bermula pasti akan berakhir, dan setiap yang bertemu pasti akan berpisah dan selalunya perpisahan adalah sesuatu yang menyakitkan dan menyedihkan...

Walaupun aku tak kenal kesemua yang dalam senarai nama dalam snipe friends tu.. tapi aku bersyukur kerana blogging ni bagi gak sesuatu kat aku..

Aku dapat gak kawan dalam beberapa orang dan sempat gak jumpa ngan beberapa orang. aku ucapkan terima kasih dan aku nak mintak maaf kalau aku ada salah silap termaki, terkutuk, termarah dan segala 'ter' yang kita sebagai manusia tak lari dari melakukan kesilapan 'ter'sebut.

Ok lah aku tak tutup blog ni.. sebab mungkin jika ada masa.. aku akan masuk namun yang pasti sehingga march tahun depan aku takkan masuk..

23 haribulan december ni aku akan masuk wad (selepas penangguhan sepatutnya 16 haribulan). So selamat tinggal dan doakan aku selamat dan berjaya dalam apa jua bidang yang aku lakukan.

Jangan risau doa aku akan sentiasa bersama korang suma.. insya'allah...

Assalamualaikum...
"Everything That Has A Beginning, Has An End"

Aku DiSiNi

Semalam sempat jugak masuk blog nie... masuk pun sekadar melihat dan membaca perkembangan terbaru... Cam biasa tak ada apa yang best... Semalam iEza tak dapat nak sembang ngan shad (tuan nyer blog) pasal semalam iEza datang kolej tengahari...
Beberapa hari yang lepas ayah mertua iEza meninggal dunia.. sempat gak arrr iEza gi rumah dia walaupun ieza tak dapat tengok tapi sekurang2 nya iEza gi gak rumah dia.. balik subang pagi khamis.. adoi ler penat sangat iEza dibuat nya sampai takde masa nak chat..
Bukan tak nak chat macam dulu2 cuma kebanyakan website yang ada kat malaysia n luar negara dah kena blog.. huhuhuhu sampai ati diorang block laman web kegemaran iEza..
Minggu nie iEza tak balik rumah pasal iEza baru balik hari selasa hari tu.. kalau iEza balik nanti faizal marah lak pasal dia kena hantar iEza..
Ok ler iEza rasa nie jer yang dapat iEza kongsi bersama dengan korang semua.. banyak lagi yang iEza nak tulis sebenarnya tapi selebihnya iEza tulis dalam blog iEza ler.. salam sayang tuk korang semua...

By BudakComel

Thursday, December 02, 2004

PANAS.... PANAS.... PANAS....

Ini adalah berita panas dua akhbar utama malaysia hari ini... selidik dan kita tunggu dan lihat..

PETALING JAYA: Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar mengaku tidak bersalah atas tuduhan memfitnah penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza Tarudin, menerusi e-mel, ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam.

SHARIFAH Aini tersenyum
kepada jurugambar sebaik
beliau dibawa keluar
dari Mahkamah Majistret
Petaling Jaya, semalam.
– Gambar oleh Muhaizan Yahya


Sharifah Aini, 51, didakwa membuat fitnah itu menerusi e-mel kepada pensyarah Kolej Komuniti Bayan Baru, Pulau Pinang, Ahmed Shaharil Jamaludin, dengan niat untuk merosakkan reputasi Siti Nurhaliza.

Sementara itu di Pulau Pinang, Ahmed Shaharil, 36, yang juga adik angkat Sharifah Aini, didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown, atas tiga tuduhan menyebarkan e-mel memfitnah Siti Nurhaliza kepada tiga wartawan tempatan, juga bertujuan merosakkan reputasi penyanyi itu.

Dia dituduh menyebarkan e-mel itu kepada wartawan hiburan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain; wartawan hiburan Harian Metro, Abdullah Mamat dan wartawan hiburan New Straits Times, Faridul Anwar Farinordin, semuanya pada Ogos lalu.

Biduanita itu dan Ahmad Shaharil, yang juga dikatakan presiden kelab peminatnya, dituduh mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sharifah Aini didakwa melakukan kesalahan itu di rumah bernombor 42, Lorong Utara di sini pada jam 4.52 petang, 24 Ogos lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sri Dewi Malam itu tiba di pekarangan mahkamah pada jam 2.20 petang memakai baju kurung berwarna krim corak bunga dengan menaiki kereta Mercedes Benz warna kelabu dengan nombor pendaftaran BDU 2.

Sebaik tiba, dia dikerumuni berpuluh-puluh jurugambar termasuk daripada agensi berita asing untuk merakam wajahnya sebelum dibawa masuk ke dalam bangunan mahkamah. Turut serta penyokong setianya yang berpusu-pusu untuk melihat wajahnya dari dekat sehingga menyebabkan beberapa jurugambar terjatuh.

Sharifah Aini kelihatan tenang dan senyum sebaik keluar dari kereta, sambil melambai ke arah wartawan dan penyokongnya.

“Terima kasih kerana datang, doakan semoga saya berjaya,” katanya kepada orang ramai ketika dibawa masuk ke pejabat mahkamah.

Sharifah Aini kemudian diiringi peguamnya, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, dan beberapa anggota polis masuk ke bangunan mahkamah.

Ketika tuduhan dibacakan, Sharifah Aini berdiri di luar kandang tertuduh kerana kesnya adalah kes saman.

Dia ketawa apabila jurubahasa mahkamah, Dayang Mas Ayu Nilawati Mohd Nor, menyebut perkataan ‘senduk penyek’, ketika tuduhan dibacakan terhadapnya

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Kanan, Asisten Superintendan Moktar Mohd Nor manakala Sharifah diwakili Muhammad Shafee dan Badrul Munir Mohd Bukhari.

Majistret Azroul Hisham Azulan membenarkan penyanyi itu diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Disember ini untuk kes itu disebut semula.

Rakan Sharifah Aini, Khalilah Datuk Mohd Talha, membayar jaminan itu. Sharifah Aini meninggalkan bangunan mahkamah melalui pintu belakang dan dilihat keluar dari pekarangannya menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam pada jam 3.48.

Terdahulu, Moktar menawarkan jaminan RM6,000 dan memohon mahkamah tidak menurunkan jumlah itu kerana menyifatkannya munasabah serta kes berkenaan menarik perhatian umum.

Beliau turut memohon agar kes itu dibicarakan bersama dengan kes Ahmed Shaharil yang didakwa di Pulau Pinang.

Shafee bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,000 kerana jumlah itu biasa bagi kes saman seperti itu.

Beliau juga membantah kes itu dibicarakan bersama kes Ahmed Shaharil kerana kedua-duanya membabitkan dakwaan yang berbeza.

“Persoalan sama ada kes ini mahu dibicarakan bersama dengan kes di Pulau Pinang, boleh diputuskan pada masa lain,” katanya.

Shafee juga memberitahu mahkamah, beliau mendapat arahan anak guamnya yang memohon agar kes itu dapat dibicarakan secepat mungkin.

“Kes ini mendapat publisiti meluas yang secara tidak langsung boleh mendatangkan mudarat kepada anak guam saya,” katanya.

Dalam kes Ahmed Shaharil, Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Rantai Giling meminta ikat jamin ditetapkan kepada RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tuduhan.

Peguam Ahmed Shaharil, Danny C Navarendram dan V Sivagurupatham, memohon mahkamah mengurangkan ikat jamin itu kerana anak guam mereka mempunyai alamat tetap dan tidak akan melarikan diri serta dilepaskan dengan ikat jamin polis RM3,000 sejak 6 Oktober lalu, selepas ditahan 26 September lalu, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Majistret Priscilla H N Rajan menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagi semua tuduhan dan memerintahkan 26 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan. Ahmed Shaharil membayar jamin itu.

Isu fitnah terhadap Siti Nurhaliza timbul berikutan e-mel layang yang dikatakan ditulis dan dihantar oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai `Asmah & The Gang' dari Astro, Ogos lalu.

Berikutan itu, polis memulakan siasatan yang turut membabitkan soal siasat daripada beberapa individu, termasuk artis dan wartawan hiburan tempatan.

Wednesday, December 01, 2004

INCREDIBLE

Satu lagi filem animasi tahun 2004 keluaran DISNEY ngan PIXAR. Kali ini mengisahkan tentang superhero yang memang kuat (kalau tak jangan panggil superhero la!) macam Superman, Batman dan tiga-empat hero lagi.

Dalam filem animasi kali ni, superhero dia dikenali sebagai Mr. Incredible yang memang gagah perkasa disamping pakej badan yang cukup tough. Di awal kemunculan Mr. Incredibles, dia banyak membantu menyelesaikan kes-kes jenayah yang tak mampu ditangani oleh pihak berkuasa dengan berkesan. Pihak berkuasa pun sangat berterima kasih kat Mr. Incredible ni.

Sehinggalah pada suatu hari, Mr. Incredible ni menyelamat seorang yang nak bunuh diri sendiri dengan terjun dari bangunan. Setelah insiden tersebut, orang tersebut melalui pendakwaraya bernama Oliver Sangvine telah mengemukakan fail tuntutan terhadap Mr. Incredible kat mahkamah sebab mengganggu proses membunuh diri tadi (macam tu la pulak...) Bermula dari kes tersebut, Mr. Incredible terus didakwa lagi sampai kerajaan rugi berbillion-billion ringgit nak bayar pampasan atas kes Mr. Incredible. Akhirnya, Mr. Incredible kena menjalani proses relokasi yang mana dia tak boleh lagi jadi superhero pada masyarakat sebaliknya menjalani kehidupan macam rakyat biasa.



Masa Mr. Incredible ni hidup sebagai rakyat biasa, dia berkahwin ngan Elastigirl yang juga superheroin (pasangan kepada superhero la...) kepada masyarakat sebelum program relokasi tu. Elastigirl ni pulak ada kelebihan dia sendiri iaitu boleh mem-plastickan diri dan boleh memflexible badan dia. Fulamak! Bila kena jadi orang biasa ni, Mr. Incredible dikenali sebagai Bob Parr yang bekerja di syarikat insurans manakala Elastigirl pulak dikenali sebagai Helen Parr yang menjadi suri rumah. Hasil perkahwinan mereka ni, diorang dapat tiga orang anak iaitu Violet, Dash ngan Jack. Anak-anak diorang ni pun ada kuasa jugak. Macam Violet, dia boleh menghaibkan diri dia ngan boleh membuat satu gelombang kuasa tapi seorang yang rendah diri kat sekolah dia. Manakala Dash pulak ada kuasa boleh berlari ngan laju yang amat dan sangat nakal kat sekolah. Dash selalu kenakan cikgu seperti meletakkan paku kat kerusi cikgu dia tapi terlepas dari tindakan guru besar sebab kepantasan dia pun tak dapat dikesan oleh kamera CCTV sekolah. Fulamak! Laju sangat la tu..

Bob Parr (Mr. Incredible ) yang bekerja di syarikat insurans telah bosan ngan tidakan boss dia yang asyik nak kaut untung aje tanpa pedulikan nasib pelanggan yang malang. Akibatnya, dia dibuang kerja sebab mengerjakan boss dia yang memang tak bermoral tu sampai masuk wad. Satu hari selepas dia dibuang kerja, dia mendapat satu tawaran dari pihak yang misteri supaya menjayakan satu misi memusnahkan satu robot. Mr. Incredible yang telah menyahut tawaran tu, tanpa bagitau wife dia telah pergi ke satu pulau. Rupa-rupanya pihak yang misteri tu orang jahat dan menangkap Mr. Incredible. Orang jahat tu pulak adalah Syndrome yang masa dia kecik-kecik dulu nak dikenali ngan nama Incredible Boy tapi Mr. Incredible taknak iktiraf dia. So, mungkin sebab tu Sindra ni nak balas dendam sebab dia pun macam teringin nak jadi superhero.



Bila tahu aje husband dia kena tangkap ngan orang jahat, Elastigirl pun sebagai wife yang penyayang mesti nak selamatkan husband dia. Lagipun Elastigirl ni kan ada kuasa jugak. Dalam dia nak pegi ke pulau di mana Mr. Incredible kena tangkap, anak-anak dia iaitu Violet ngan Dash curi-curi menyusup naik kapal terbang yang mak dia bawak. Jack tak ikut la sebab dia bayi lagi, berjalan pun tak pandai. Seterusnya, perjuangan Elastigirl sebagai wife serta dibantu ngan anak-anak dia yang hebat jugak menujukkan semangat kekeluargaan yang harmoni sebelum meraka berempat menjadi hero kepada masyarakat sekali lagi. Dekat pulau ni ada macam-macam adegan menarik yang menunjukkan skill dan kuasa masing-masing. Juga kemunculan kembali rakan superhero kepada Mr. Incredible, Frozone yang ada kuasa keluarkan ais batu turut membantu keluarga superhero ni menentang kuasa jahat. Nak tau lebih lanjut, kena la tengok filem ni yang memang sangat menarik untuk ditonton!

Hakcipta Terpelihara:
Wizurai@Malaysia.Com
Jiwang.Org

Serba serbi serbu serban salah...

...::: Serba serbi serbu serban salah :::...


Assalamualaikum....

Dengan kalimah suci bismillahirrahmannirahimmm... aku mulakan menaip keyboard secara perlahan dan tak bermaya, aku terkilan dengan kejadian yang berlaku pada aku...

Aku duduk di hadapan skrin CRT 15" ni dan cuba merenung kejadian yang berlaku pagi tadi dan kaitan antara hari yang telah berlalu??

Pagi tadi 'kengkawan' aku kena marah pasal makmal komputer yang menjadi pusat melepak dan membeli serta menjual 'minyak' ni berselerak, kotor(dengan debu kaki yangbusuk je laaa..).

Kaitan dia.. yang marah tu mak angkat aku, yang kena marah tu 'kengkawan' aku. walaupun ada di antara mereka yang pernah memburukkan aku dengan kata maki dan fitnah yang mengatakan aku kaki ampu dan kaki bodek sebab aku baik ngan pengajar. Tapi aku masih rasa bersalah untuk diorang, pasal aku dah maafkan kesalahan diorang semua, sekarang dah tak lagi laa pasal diorang dah tau siapa yang bawak mulut dan burukkan aku. itupun kalau betul laa diorang dah 'ok' ngan benda cam tu, biasanya susah untuk di lupakan..

Tapi hakikatnya berdasarkan dialog di antara aku ngan ketua diorang ari tu.. perkara yang di bangkitkan dalam dialog tu memang sah aku tak buat... ini kes hasad dengki laa ni.. Sampai bila laa orang melayu kita nak di isi di dalam hati ni hasad dengki??

Tapi memang daripada zaman kesultanan melayu melaka lagi perasaan ni wujud dan takkan berhenti setakat ni selagi ada 'orang' yang bukan sekaum dengan aku yang suka bawak mulut. Kenapa kita mesti menjatuhkan orang lain hanya sebab dia ada kelebihan yang sedikit berbanding kita?? dan dalam ini cerita yang jatuh adalah aku, dan aku sekarang dah tak ada motivasi nak teruskan pelajaran nasib baik laa minggu last aku sebelum tahun depan pegi praktikal.

Aku tak sangka benda yang selama ni berlaku di sekeliling aku, akhirnya jadik kat aku jugak.. ..

Inilah cerita yang selama ini aku pendamkan dan sehingga pagi tadi aku dah tak tahan dan aku tak leh nak marah.. pasal siapa aku?? aku hanya seorang yang serba salah dalam konteks nak jaga hati 'kengkawan' dan nak jaga hati mak angkat aku ni... mak angkat aku telah menatang aku dan menjaga aku dan mendidik aku selama aku belajar kat sini.. tapi kengkawan yang aku tolong, yang aku ajar, yang aku berikan ilmu walaupun sedikit ilmu yang aku ada tapi aku tak pernah kedekut, sekarang di katakan menikam diorang dari belakang sedangkan diorang yang sedang menikam aku.. SIAPA SALAH???? APA PATUT AKU BUAT???

Hari ini data yang aku hantar mungkin bersaiz besar sedikit dan aku hantar dengan kelajuan 2kbps melalui IP 192.128.20.206 menerusi talian telekom malaysia. Haramjadahdia network besar tapi data transfer dah macam mobile modem dah... tak pe laaa sekurang-kurangnya aku dapat luahkan apa yang terbuku di hati aku ni.. IEZA ni mana tah di pegi?? semalam kata nak balik Sg. Buloh.