...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Tuesday, March 29, 2005

Sampai akhirnya

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...
Hari ini bertarikh 29hb mac bermakna lebih kurang 2 hari sahaja lagi aku dalam tempoh praktikal ni.. Lepas nih aku akan kembalike kolej dan menyambung semula pengajian yang berbaki lagi dalam 3 bulan..

Selama aku praktikal aku rasa seronok sungguh, tiada masalah perlu di fikirkan, tiada perkara yang menganggu gugat kestabilan ekonomi dan kerajaan diriku.. huh, cakap cam kempen..

Situasi kerja yang seronok di kelilingi awex2 yang aku tak kenal, berkomunikasi ngan orang yang berumur lagi tua daripada aku, persekitaran kerja yang memaksa aku melakukan segalanya dengan penuh berdisiplin dan bukan lagi sambil lewa. Semuanya mengajar aku untuk bersedia ke arah masa depan di bidang pekerjaan.

Selama aku praktikal nih, aku dapat laa kenal ngan beberapa orang kawan, dan bertambah rapat ngan beberapa orang abang2 dan akak2 yang lagi otai daripada aku, samada dalam kehidupan, pekerjaan ataupun bidang komputer itu sendirik..

Apalagi yang aku perlu lakukan?? berterima kasih pada mereka semua, abg suhairi ma boss, abg saiful ma assist projek manager, abg rizal ma projek manager selaku orang yang slalu banjer makan free...

Kepada beberapa orang akak yang aku baru dan dah lama kenal, Pada pn zainab ma site boss, akak syazana slalu gak tolong aku nih, kak ayu slalu sembang ngan aku, macam-macam dia cite ngan aku.. mekasih..

Kepada kengkawan yang slalu gak tpon aku bong je la... semoga perjuangan kita di berkati-Nya, aku mengharapkan kejayaan kepada kita semua... Status blog nih akan di ketahui selepas aku balik Batu Pahat, samada akan di tutup ataupun diteruskan.. nama sniperblogs telah bermain di jari kengkawan yang kenal dan tak kenal, terima kasih pada korang suma.. Aku menghargai setiap counter hit yang korang berikan..

Buat Nursahatul selamat berkenalan, terima kasih sebab jadi kawan aku selama aku kat ofis korang... bye..

Assalamualaikum...
Hastalavista, fanito, finish, dah habis.. bye...

Friday, March 11, 2005

PENING..

NEW SONG: Pening PTPTN - PEGAWAI PTPTN & EX-STUDENT (NEW RELEASE)
ORIGINAL SONG: Pening
ORIGINAL ARTIST: Ezlynn & Dato' M. Daud Kilau

Sya la lal la....

Pegawai PTPTN:
Lewat benar kau bayar hutang
Kemana kau menghilang
Mencari mu merata

Ex-student:
Kenapa awal saman kau datang
Kalau tak ku kan luang
masa untuk berdrama

Pegawai PTPTN:
Nak katakan dah mati...tidak
Nak katakan kau tak gheti...tidak
Hanya mengumpul balik loan PTPTN
antara kita

Ex-student:
Mungkin kau mudah marah..tidak
Atau hanya melatah..tidak
Pegawai PTPTN/Ex-student
Memang benar bila dikatakan saman itu
buta

Korus:

Ex-Student
Pening ku mengenang hutangku
Pening ku hutang beribu-ribu
Namun bila lupakan hutangku
Saman pula bermain dimindaku

Mungkin jumlah hutang berbeza
Yang sama bunga bayar extra
Berlawanan di mahkamah pula
Lebih mudah ku langsaikan saja
Disitu pening ku kan bermula

Sya la la la la...

Pegawai PTPTN
Habis study puas ku cari
Gagal kau ku hubungi
Talian tak bernada

Ex-student
Mungkin prepaid ku habis kredit
Ku mencari pekerjaan
Alkisah pelajar

Pegawai PTPTN
Nak kata ku pilih bulu...iya
Fikir taknak membantu...iya
Mungkin kau belum ku kenali
Dengan sepenuh-penuhnya

Ex-student
Apa kau kecil hati..iya
Bayaran tak langsai lagi..iya
Memang sukar kerana duit gajiku cukup
makan saja

(ulang korus)

Bridge:

Pegawai PTPTN/Ex-student
Orang kata kita bagaikan tanduk bersendi
daging
Namun hutang PTPTN takkan dilupa
sampai ke mati.

Wednesday, March 09, 2005

keletak... keletuk..

Assalamualaikum...
Selamat sejahtera kepada kengkawan dan sahabat-sahabat aku. Semoga hidup kita sentiasa dalam keberkatan - Nya.

Hari ni aku kena ikut bos aku buat acceptance test, kerja tak de makna pun, letih je aku nak jalan from floor 2 floor.

Sorang kawan aku dan meningkatkan lagi pengetahuan dia, kenal ngan drag? Dia ada wat satu forum bebas, jadi semua dalam bidang kuasa dia laa... Mintak jangan hack dah laa.. :D

Klik SINI untuk melawat forum tuh. Jumpa aku kat sana, :D

Tuesday, March 08, 2005

SPM Result

Assalamualaikum...
Salam sejahtera ke atas pembaca cerita-cerita dalam blog aku. walaupun aku tau tak brape ramai yang baca blog aku.

Hari ni tak de apa sangat yang aku nak masukkan cuma aku bengang skit pasal virus sasser menyerang aku kembali. Aku tak salahkan network ke ape ke... memang salah aku sendiri pun sebab guna p2p software tuk donload movie, skang nih tengah kumpul anime naruto series.

Tapi dalam tuh kena gak laa aku menerima serangan virus sasser daripada p2p nih.

Untuk kengkawan, kawan kepada kengkawan, sedara kepada kawan kengkawan aku sedara kepada sedara kepada kawan kengkawan aku punya kawan punya sedara, yang amik SPM aku ucapkan selamat berjaya. Ini adalah permulaan untuk pergi ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Kejayaan masa kini adalah permulaan kepada kejayaan di masa hadapan. Namun kegagalan hari ini bukan kegagalan untuk selamanya.

So, nothing else.. selamat berjaya.. lagi satu jangan guna p2p kalau safety tak cukup power lagik...

Assalamualaikum...
p/s: bz skit minggu nih...

Monday, March 07, 2005

Assalamualaikum...

AL-FATIHAH..


Kepada saudara2 ku di ADTEC BP
Bertarikh 04 Mac 2004, salah seorang daripada sahabat kita, daripada unit kita, telah pergi meniggalkan kita. Beliau adalah saudara syazwan a.k.a boboy. Beliau di ceritakan jatuh daripada tingkat 4 asrama lelaki blok B. Keadaan beliau pada ketika itu di ceritakan demam panas. Namun kejadia sebenar masih belum saya ketahui. Bersama-samalah kita berdoa semoga roh beliau di beri rahmat oleh-Nya, kita sebagai umat islam bersama-samalah kita sedekahkan surah al-fatihah kepada beliau. Al-fatihah..

Pagi ini, berlaku pengalaman ngeri kepada snipe. Sewaktu melalui kawasan perindustrian Pandamaran, Pelabuhan Klang. Satu kejadian kemalangan antara dua motosikal telah berlaku. Dari arah snipe datang mula-mula kelihatan dua orang perempuan memakai uniform kilang, berwarna biru muda. Dapat di lihat keadaan dua motosikal yang hancur bahagian depan, namun hati snipe lega kerana kedua-dua orang yang snipe sangkakan sebagai penunggang kepada kedua-dua buah motosikal itu selamat. Namun bila snipe terus bergerak sedikit kehadapan dapat snipe lihat satu lagi mayat terkujur kaku, mangsa merupakan seorang lelaki. Tidak dapat dipastikan melayu atau cina. Jika melayu mungkin dia suami kepada salah seorang wanita berunniform biru tadi.

Mayat itu cukup mengerikan, dengan cebisan daging bersepah dalam dua tiga ketul dengan jarak satu meter dari tubuh mangsa. Dengan keadaan dubur yang terkeluar daripada seluar yang terkoyak di bawah. Dengan keadaan usus yang terkeluar dan yang lebih mengerikan badan mangsa hanya di cantumkan dengan kulit yang tinggal. Mangsa putus dua di bahagian perut.

Snipe pun naik moto jugak, fikiran pun jadi tak betul kejap asyik terbayang kemalangan yang berlaku tadi. Mintak di jauhkan daripada ajal maut seperti itu. Kalau sampai ajal snipe mintak jangan lah dengan cara kemalangan. itulah doa snipe selalu. Memang menakutkan..

Assalamualaikum...
Peace Bro!!