...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Monday, May 31, 2004

Tiga Hari Dalam Khemah.....

Bermula jumaat lepas aku n gang pegi perkhemahan kat Air Papan, Mersing. So, memandangkan aku dah tak de cite minggu lepas, baik aku masukkan cerita masa aku kat sana. Kita kongsi skit.

28/05
Pukul 9.00 pagi kitorang dah kena berkumpul dekat depan blok asrama, aku siapkan barang nak pegi pada pagi tu jugak. biasa la aku dah selalu sangat pegi so, the pengalaman aku gunakan untuk tak bawak barang banyak. Malam sebelum pegi ni kitorang dah di bahagikan pada kumpulan memasing. Group aku patut naik bas daripada melaka tapi aku kena join group lain sebab aku tak pegi perjumpaan so, aku blur dalam bas hehehe. Smpi kat Air Papan dalam kul 11.30.tunggu bebudak lain sampai dan masa makan yess 'makan time'. Semua dah sampai kitorang pegi sembahyang jumaat kat masjid ape tah aku lupa nama dia. petang ada taklimat keselamatan dan pertandingan istana pasir.group aku dapat tempat last.hehehe malu......... Malam masa masak dan aku jadi sorang tukang masak yang bertugas dengan baik.hehehe. tengah malam plak aku jadik sentri dalam kul 2-6 pagi.Peristiwa malam tu kitorang semua kena cirit birit pasal makanan yang kitorang makan masa sampai kot.sebab maklumlaa makanan yang di masukkan dalam bonet bas daripada pagi dan makan tengahari.BAYANGKANLAAA....!!! Aku kena masa kul 2 dah nak start sentri aku terkejut perut aku rasa 'tertekan' sangat apa lagi LARI!!!!!! sampai kat toilet buang la. memula orang tak ramai,so.aku lepak nak peratikan orang tak lama lepas tu sorang demi sorang datang hahahha sah bukan aku sorang je sakit... :) lepas tu sentri dan tak de apa cite dah.

29/05
Pagi ni sarapan yang di jadualkan mi hun goreng,aku cakap aku nak rendam tapi bila aku masuk sentri je mi dah siap rendam dah.tak pe aku bleh sesenang skit. ari ni aku mulakan dengan 'kebahagiaan' hehhe.klu paham tak pe klu korang tak paham pon tak pe biar aku sorang simpan. :( aku buat tu lepas aku semayang subuh, blk gi khemah aku masak air dan ada sentri awal pagi tu tolong sekali angkat air.rilek skit keje aku.aku banyak plak wat keje masa kat camp ni.mungkin sebab aku paling senior kot? nak wat camne ek.?tk pe la.dah siap suma keje aku rilek jap tunggu budak pompuan mari nak masak dan siapkan rempah.diorang godek kejap je lepas tu aku yang kena apa lagi tunjuk skil la hehhe dah macam chef wan plak hehehe. lepas makan ni ada jungle treking diorang ajak panjat bukit ada dua bukit nak kena naik tapi bukan 'dua bukit yang kena naik'. kita pendekkan cerita bukit yang kitorang nak kena naik perjalanan naik 2 jam dan turun 1 jam. so,paveret aku naik bukit walaupun badan aku besar tapi aku turun bukit 'lari'beb.hehhehe.bila dah sampai kat penamat kitorang ada satu keje lagi kena bawak orang yang sakit maklumla PBSM tapi jangan silap aku bukan PBSM aku BOMBA.so,wat stretcher dan angkat orang yang berat 70kg.hehhe pening tak pening kepala bebudak ni. lepas tu kena jalan atas batu pantai korang tau macam mana susunan batu dia?haaa macam tu laaa.lepas tu kena bawak naik bukit 70 darjah curam tak curam.tapi yang kelakar orang sakit tu kena tolong kitorang. sebab dah tak larat sangat nak naik tinggi sangat. orang tu tak de la sakit. dia berlakon je.so,dia kena gak tolong kitorang kalau tak,nak kena campak dalam laut ape?

kita sambung lepas ni plak aku pening laaa...

Tuesday, May 25, 2004

Tak de cerita a.k.a BOSAN...

Ari ni aku dok depan PC aku kat dalam keadaan bosan. Internet macam biasa tetiba je slow. aku pon tak tau kenapa dia macam ni balik.

So, jawabnya aku tak de ape benda nak kongsikan ngan korang ari ni. K laa

PEACE!!!

Monday, May 24, 2004

Simulations....

Esok aku ada simulation untuk PKM, aku kena buat cam pertandingan bebetul kat depan orang ramai.

Bukan itu yang jadi soalnya, sekarang ni bebudak baru tengah berpusu-pusu masuk interview. So, korang tak paham lagi ke? aku kena buat simulation tu depan orang ramai. Mak aihhhh... penin kepala pak cik ni haa...

Ape pon kita tunggu je la esok.

PEACE!!!!

Fall In Love Maybe.....

For the first time fall in love mungkin orang akan rasa bahagia yang teramat sangat, bak kata orang "Dunia Ini Milik Mereka"...

Mungkin itulah yang sedang berlaku pada member aku David (bukan nama sebenar) cerita dia macam ni. Dia ni minat kat sorang minah kawan dia masa kat sekolah dulu, skang ni pompuan tu belaja kat Australia. Ntah macam mana, mungkin terdorong oleh kedewasaan dia tetiba minat kat pompuan ni. bermula ngan sms, setiap kali kalau pompuan ni sms dia akan menjadi tak tentu hala. Dia gembira yang teramat sangat.

Semoga ko akan mendapat cinta sejati ko David, jangan jadikan perasaan sayang ko pada dia sebagai satu tabungan kerana perasaan ini bukan untuk di simpan.

PEACE!!!!!

KL to Batu Pahat....

Pheeewww....

Alhamdulillah aku selamat gak sampai Batu Pahat Malam semalam. KOrang nak tau tak pengalaman yang orang boleh katakan ngeri gak laaa. heheheh :)

Aku gerak daripada Klang dalam pukul 4.00 dan sampai kat KL dalam pukul 5.00 petang. Tiket aku member aku dah beli [Abg David (bukan nama sebenar)] sampai je kt Pudu aku gi carik dia kt tpt yang telah di janjikan. Platform 18. Sepatutnya kitorang bertiga petang tu ngan Kojek (bukan nama sebenar). Mamat ni gi telefon, aku ngan David tunggu kat platform. Bila masa rerasa dah dekat bas nak bertolak, aku ngan David pon pegi carik bas tapi bas tak de.... JENG.... JENG...

Bas kitorang kena tukar pegi naik BAS 'TENAGA'. Dengan rupa yang gempak kat luar bas tu kaler purple. Kitorang naik dengan konfiden jeee... Tak azab yang bakal mendatang. Kitorang naik tapi Kojek tak naik lagi. Bas dah gerak muka David dah panik suruh aku cakap kt Abang Driver tu tolong tunggu jap. Hmmmm....

David tipon Kojek cakap bas tengah tunggu kat luar. Merah muka mamat tu mencacai lari. Adoiii... itu problem awal.

Masa dalam perjalanan sebelum kuar KL bas slow je, tak de mende. Tapi bila dia dah start tarik power enjin dia mulalah azab perjalanan selama lebih kurang 5 jam tu. Lupa nak cakap seat aku kat belakang. Kat belakang tu kalau korang ada bas atau pernah terbeli bas atau korang ada bas atau dan atau.

Korang akan tau adanya lubang kat situ berbentuk segiempat besar. Luabang tu ada penutup dan kalau bas tu OK dia akan kuncikan dan memang asal kunci pon. Tapi maklumlahh bas yang indah rupa dari isi. Indah warna purple dari fasiliti kat dalam. Indah nama dari hakikat. nama 'TENAGA' tapi tak bertenaga langsung pon. Tah tang mana laa 'tenaga' dia tu.

Lubang tu dia tak tutup rapat just guna batu untuk tindih benda alah tu.... SAKIT ATI... Panas bila bawak laju masuk dalam BAS. Aircond kuat tapi takkan dapat sejukkan bas yang macam ketuhar tu.

Orang sebelah kiri-kanan aku tido siap berpeluh. Aku memang tak leh tido. sepanjang perjalanan tu mungkin dan berkarung kot 'CURSE' yang aku bagi kat bas tu.

Ini lah dia 'Ketuhar' yang akan membakar korang dalam perjalanan.

Kalau korang nak tau aku tak pernah aman naik bas TENAGA aku dah dua kali naik tak pernah selesa. Masuk ni TIGA KALI, lepas ni SERIK!!!!! WEIIIH!!!!!

Thursday, May 20, 2004

Maulidurrasul...

Alhamdulillah....

Hari ni kitorang selamat menyambut maulidurrasul dan hari ini kita mengenang kembali hari kelahiran dan kebesaran nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W

Tahun sambutan lebih meriah pada aku la, sebab tahun ni boleh katakan semua member kelas aku terlibat sebab tahun lepas kitorang tak de sorang pon yang terlibat. Heheheh masa tu sensorang degil kot?

Tapi sambutan ni perlu ada orang yang terus memperjuangkannya sebab dengan cara ni kita dapat mengetahui dan mengenang kembali jasa dan perjuangan rasulullah S.A.W

Walaupun ada di antara kita yang belum sedar namun bila kita tersedar masih belum terlambat untuk kita melakukan sesuatu kerana majlis seumpama ini masih di perjuangkan. Sekiranya tidak ada???

FIKIRKANLAH...

Ok laa PEACE dan banyakkan lah selawat keatas nabi.

Wednesday, May 19, 2004

Kita kongsi Ilmu Sikit Bleh....??

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- Menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Yo My Prenn.. Sedap Gak Lagu Ni...

This Love - Maroon 5

I was so high I did not recognize
The fire burning in her eyes
The chaos that controlled my mind
Whispered goodbye and she got on a plane
Never to return again
But always in my heart

This love has taken its toll on me
She said Goodbye too many times before
And her heart is breaking in front of me
I have no choice cause I won't say goodbye anymore

I tried my best to feed her appetite
Keep her coming every night
So hard to keep her satisfied
Kept playing love like it was just a game
Pretending to feel the same
Then turn around and leave again

This love has taken its toll on me
She said Goodbye too many times before
And her heart is breaking in front of me
I have no choice cause I won't say goodbye anymore

I'll fix these broken things
Repair your broken wings
And make sure everything's alright
My pressure on your hips
Sinking my fingertips
Into every inch of you
Cause I know that's what you want me to do

This love has taken its toll on me
She said Goodbye too many times before
And her heart is breaking in front of me
I have no choice cause I won't say goodbye anymore

This love has taken its toll on me
She said Goodbye too many times before
And her heart is breaking in front of me
She said Goodbye too many times before

This love has taken its toll on me
She said Goodbye too many times before
And her heart is breaking in front of me
I have no choice cause I won't say goodbye anymore...

LINUX OH LINUX.......

Sapa kenal ngan linux???

Ya, itu dia salah satu open source dan aku kena belajar untuk prepare buat satu competition, aku dan naik pening dah ni.

Dengan CUPS dia, SAMBA dia, APACHE dia, aku buat asyik tak jadik je. member aku buat jadik plak.

Tang mana la masalah dia aku pon tak tau.

Apa yang bleh buat tak lain dan tak bukan study dan study lagi. Aku ada lagi dalam tiga-empat minggu

Tuesday, May 18, 2004

Seminar, Ceramah Dan Tido...

Pada hari ahad lepas bersamaan dengan 16 may 2004, telah di anjurkan seminar cinta negara dan telah di jayakan oleh BTN, Ya.. Biro Tatanegara.

Dalam seminar tersebut telah membangkitkan cerita pasal ekonomi orang melayu, nasib orang melayu di tanah malaysia ini, dan ancaman yang wujud di sekeliling kita.

apa yang boleh di kongsikan adalah nasib orang melayu dalam bidang professional dan dalam pelajaran membabitkan mata pelajaran yang orang kata berkait rapat dengan teknologi. sebagai contoh mata pelajaran matematik tambahan, fizik, kimia, dan bahasa inggeris.

peratus yang di tunjukkan adalah rahsia kerana melibatkan soal keselamatan negara. tetapi aku cakap ngan korang laa peratus dia memang rendah dan ini amat mendukacitakan.

Dalam bidang professional plak orang melayu amat ketinggalan dalam bidang ekonomi, sebagai contoh akauntan, dan doktor melayu amat kurang. tapi dalam bidang kejuruteraan melayu kita bleh gak la berbangga. Aku bukan melayu, aku pribumi sabah tapi aku amik berat gak pasal melayu, kerana kalau di ikutkan perundangan aku adalah melayu kerana aku bercakap dan mengamalkan adat resam melayu. itu dah di kira melayu.

dia gak cakap dalam bidang ekonomi ada beberapa nama besar sebagai contoh Rashid Hussies (RHB), Tan Sri Tajuddin Ramli(????) kenapa ramai orang melayu membenci mereka ni. Mahathir kenapa masih ada yang benci. Kerana nama-nama ni lah yang memberikan harapan untuk melayu masih memegang ketuanan di tanah kita ni.

Sekarang kita orang melayu di anggapkan sebagai orang cacat yang telah di cacatkan oleh british masa dulu. dan sekarang kita baru nak belajar hidup dan berdiri atas kaki sendiri, sekarang kerajaan berikan kita tongkat dengan semua subsidi yang ada tapi lama kelamaan tongkat ini akan di ambil balik untuk membolehkan orang melayu berdiri dan megah kembali, ingat tak kata-kata ni? "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA", selama mana melayu itu mampu bertahan.

Seronok dengar ceramah daripada panel seminar tu sebab diorang selitkan kelakar dengan menyergah peserta yang tertidor.

OK PEACE INSYA'ALLAH MELAYU TAKKAN HILANG DI DUNIA.

Monday, May 17, 2004

Messange might give 'something'??

If Kiss is a WAVE, I Give u SEA
If HUG is a LEAF, I give u a TREE
If LOVE is A PLANET, I give u a GALAXY
If The Relationship we have is a LIFE, i give u 'ME'.

some message that u've receive might be nothing but something it will give u something.

Thursday, May 13, 2004

Password...

Petang ni aku masuk je kat lab, aku dah marah kat orang. ini semua pasal PASSWORD yang dulu aku tukar, sekali aku ingat dekat password lama aku, so komputer aku tu ada la dalam beberapa minit tak bukak.

lama gak aku termenung depan PC tu. kalau aku dah termenung mulut aku takkan diam aku akan membebel dan memaki. aku marah kat orang yang tukar password tu.

tak lama lepas tu member aku tuliskan password aku,TIADA.aku terkejut dan teringat yang password tu aku yang tukar.maknanya orang yang aku maki dan marah tu adalah diri aku sendiri.

ADOIIII
PEACE....
SORI KAT MEMBER YANG AKU SELALU MARAH.

Jangan Biarkan kehidupan Anda Diselubungi MISTERI........

Korang percaya tak pada benda-benda yang mistik ni? Tak kira lah, nampak hantu ke, asrama berhantu ke, member ko hantu ke, ko kenal ngan mana-mana hantu ke, macam-macam kejadian misteri dan aneh itu di panggil mistik.

Selain itu benda yang sukar di fahami oleh akal fikiran manusia dan tidak boleh di lihat juga mistik. Ada jugak yang masih sukar di fahami akal fikiran lelaki dan selalu membuat orang perempuan menjadi 'gila' di panggil kosmetik,

Ok, kita sambung balik cerita, pasal mistik atau misteri ni, aku tak tau bila ianya bermula, tapi yang aku dapat kesan citer ni berlaku dua tiga hari lepas. Cerita ni lambat masuk blog aku pasal baru hari ni aku tau.

______________________________________________________________________________________

Sari berita utama, beberapa orang perempuan daripada asrama student perempuan telah mengalami kekejangan otot dan gangguan emosi adalah di percayai di sebabkan oleh gangguan makhluk halus.

sehalus mana makhluk itu tidak dapat di kenalpasti mungkin sehalus budi kot? tapi seriusnye benda ni pernah melanda dan aku terlibat sebagai ghostbuster, itu cerita masa aku sem 1. sekarang dia datang balik mungkin ada budak perempuan yang 'buat foul' dengan menatang tu.

Mungkin mulut diorang celupar, majlis mengumpat meriah, majlis mengutuk harmoni, majlis mengata secara besar-besaran. Ini semua perkara yang boleh mengakibatkan 'penghuni' asal kawasan tapak pembinaan berkenaan 'marah'

Ok laaa buat bebudak kelas aku yang perempuan jaga diri bebaik, jaga kebersihan diri, dan jaga la.. keharmonian hidup bersama 'orang-orang di sekitar anda'.

Wednesday, May 12, 2004

Bendera Putih.

Korang tau tak lagu ni? ini lagu ada sidikit kaitan sama aku punya cirita la, korang nyanyi je la tak yah tau apa cerita dia.

cuma aku nak cakap cerita ni mungkin dah berakhir dan mungkin masih ada terpulanglah pada keberanian aku, pada masa dan keadaan,pada hati dan perasaan aku. DAPAT!!!!??

I know you think that I shouldn't still love you,
Or tell you that.
But if I didn't say it, well I'd still have felt it
where's the sense in that?

I promise I'm not trying to make your life harder
Or return to where we were

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

I know I left too much mess and
destruction to come back again
And I caused nothing but trouble
I understand if you can't talk to me again
And if you live by the rules of "it's over"
then I'm sure that that makes sense

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

And when we meet
Which I'm sure we will
All that was there
Will be there still
I'll let it pass
And hold my tongue
And you will think
That I've moved on....

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be

Kerja, Kerja dan Kerja

Ari ni kerja aku bertambah lagi dan lagi.

Minggu lepas aku terima surat perlantikan untuk jadi biro MPP, Minggu lepas gak aku terima borang pendaftaran untuk penyertaan PJKM, semalam aku start kena kuarantin untuk PJKM, mlm tadi aku dapat satu surat untuk mengendalikan Bengkel Kerjaya dan Ahad ni aku ada Seminar daripada BTN,

Hadoii dan buat **tut** "sy balik minggu depan ye wak"

PEACE BROTHE'

Tuesday, May 11, 2004

Ini Ada Sedikit Maklumat..

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak

"Dalamdiri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.

Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1.Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgnn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2.Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3.Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu,kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali.

Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja,jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empatpersegi (cube).

Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak

maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid,

dimana dia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran

TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA.... BAGUS NI...

Hari Ini Dalam Sejarah...

Buat kali kedua dalam masa dua tahun pengajian aku ni(pengajian aku semua sekali tiga tahun), salah seorang kawan aku tidak akan balik ke RUMAH PADA SABTU DAN AHAD NI.

David(bukan nama sebenar) sebab dia ada hal hapekejadahnya dia cakap kat aku tadi, tapi yang pasti memang hari ni dalam sejarah.

hehehe akhirnya dapat gak aku tengok ngko tak balik david.nasib ler kali ko david ..hhehehehehhe .....memang aku nk kena kan ko kali kali ni ....kekekekkekek

KUARANTIN...

Macam seorang pembawa virus dalam cerita orang putih tu, dia akan di kuarantin. tak pon pembawa virus SARS yang di kuarantin sebaik turun daripada airport.

aku pon kena kuarantin gak tapi bukan sebab aku pembawa virus tapi untuk mengelakkan daripada 'virus'. virus di sini adalah member-member aku, untuk mengelakkan daripada gangguan kononnyelaaa....

kalau ikutkan aku, aku lebih senang kerja atau training di tempat terbuka tapi nak wat cam ne kena ikut perintah daripada penyimpan mohor besar(jurulatih aku le tu).

Lama lagi aku kena macam ni sampai bulan nam kot! tak pe la sabar je laa. aku kene ngan sorang lagi my partner - mack(bukan nama sebenar)

blog ni aku dah hantar kat semua my prenn untuk diorang kongsikan cerita yang aku kumpul daripada diorang gak!!

K PEACE....

Monday, May 10, 2004

Henset Baru....

Hari ni aku lupa satu perkara...

Kitorang pagi tadi meraikan sorang member aku yang pakai henset baru....

citer dia macam ni, masa perhimpunan pagi tadi **tut** telefon aku dia nak amik exam. so, dengan urgentnya aku carik sesapa yang ada kredit nak antar SMS la, tapi... tak de sorang pon, aku mintak la kat dia ni pasal dia ada nombor baru, peliknya dia tak nak bagi tuu... aku paksa pasal aku cakap urgent pasal **tut** aku nak amik exam,

Bila dia kuarkan henset semua member-member kecoh dan alaaa sesaje je nak 'UP'kan dia, hehehe itu dia Sony Ericsson T610, HAHAHA selamat pakai henset baru POT.

Pancing.. Pancing... Dan Pancing.....

Jumaat malam lepas aku gi mancing lagi kat tempat biasalaa...
Ni main tepi pantai je bang, saja je nak release tension. ada banyak citer yang berlaku masa aku mancing. kelaka, tragedi, sakit ati, tapi suma sekali seronok PEACE BROTHE'!!!

Aku pegi dalam kul 9.00 mlm guna umpan umpun-umpun(pumpun) ni umpan paveret orang kat sini mancing kat tepi pantai buat umpan. haaa boleh gak laa kalau kena gaya setiap ekor umpan yang kita guna tu boleh naik sekor ikan besar kecik belakang cerita, tul tak?

aku mancing pancing aku dua kali kusut dua kali aku sakit ati, lepas tu buang balik sangkut plak kat papan, kuar laa dialog yang buat aku dan member aku gelak malam tu.

Aku : Alamak sangkut kat papan plak!!! @#$#R^
Bong : Tak pe la bleh buat sampan!!! (kutuk aku mancing dlu guna sampan kt kg)
Aku : Ha'ah lepas ni naik plak broti, paku, tukul, bleh kita buat umah kat sini plak!!
(masa tu hujan renyai)

Masa balik plak ada tragedi skit laaa... memang mancing malam tu ada sikit suey laaa.. Pasal masa, tayar moto pancit plak @#$@#!#@&. tempat kena tu jauh gak laa daripada stesen minyak. bukan jauh jugak memang jauh laaaa...

Abih tu tolak ganti-ganti ngan member aku. letih laaa bang

balik je rumah dia dah dekat kul enam aku tak tido lagi pasal lagi sikit nak kul 6.30, masa tu awek aku akan tipon aku. everyday, cakap tak de laa lama mana pon. tapi boleh laa wat lepas rindu. terima kasih SU, hehehe itu tak leh citer lg banyak BAHAYA...

Lepas aku tdo sampai kul 12. aku balik hostel and To Be Continued.... (bukan citer ni tapi tido aku)

Kita Gelak Skit Bleh??

Kenape orang baru bercinta suka meraba-raba?
Sebab cinta itu buta

Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?
LU BANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.

Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M

Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan
kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak
tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?

Pembohong...

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Usus

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?

Kutu rambut

Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak

Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...hehe

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke
atas?
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang,
ape bendanya?
Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa
...gile ape...

Selamat Hari Ibu

Macam yang aku janjikan tadi, ni aku publishkan sajak untuk ibu.

Kepada semua ibu,
Jasamu membesarkan anak-anakmu
Adalah jasa yang takkan mampu terbalas
Oleh seorang anak,

Sama ada anak itu LAWYER,
MAJESTRET, DOKTOR
ATAUPUN KASIM SELAMAT,

Semua di lahirkan oleh seorang ibu,
Disusui oleh ibu.

Kepada yang masih ada ibu,
Jangan sekali-kali kamu,
Menyebabkan ibu itu mengalirkan air mata,
Jangan sekali-kali kamu berkata AH!, EH!
AIK??? (Tak Pasti plak hokum dia)

Untuk Ibu Sniper,
Sniper ucapkan selamat hari ibu,
Ibu Shad sayangkan ibu lebih daripada,
Segala yang shad ada.
Kerana ibu adalah isi kehidupan shad.

P/s : Buat yang tersayang. saya sayangkan awak gak tapi ibu kena di lebihkan K PEACE!!! :)

Mei...

Bulan Mei dah datang,
Di mulakan dengan sambutan hari pekerja 1 mei.
aku yang tak kerja pon sambut cuti sebab yang ngajar aku kerja.
jadi hari pekerja semua pengajar aku cuti aku cuti laa...

Lepas tu ahad lepas 09 mei hari ibu,
buat yang tersayang ku ibu,
jasa mu membesarkan aku dan adik-adik
adalah satu perjuangan,
perjuangan mu adalah satu pengorbanan,
pengorbanan mu adalah pengorbanan yang tak mampu aku balas,
Moga tuhan yang maha esa memberikan kedudukan seeloknya kepada mu.

terima kasih ibu,
Aku ada sajak pendek untuk ibu,
petang ni aku publish.

Lepas tu 12 hb ni ada plak hari jururawat,
Dan buat yang tersayang Aisul Azriny Aziz
Kat Kolej Kejururawatan Klang dan yang tersayang adik angkat aku Squinah Muhri jugak kat kolej kejururawatan Klang,
Buat Suraya Md Noor kat kolej kejururawatan Pulau Pinang
SELAMAT HARI JURURAWAT,

P/s : Paberet aku kena injek best cam kene gigit semut memula sakit lepas tu gatal cam aku...hehhehe

tak abih lagi aku nak crite, lepas ni ada plak hari setiausaha, hari guru 16 mei, hari wanita, hari bapa, dan banyak lagi hari special kat bulan mei ni.

WARNING :
Belanja untuk hadiah dan kad pada bulan mei adalah yang tertinggi dalam setahun selain hari raya..

Garang Dan Marah

Assalamualaikum....

Pelik tapi benar. Hari ni semua orang kat depatment aku, bila aku cakap skit je semua nak menengking nak marah dan semua buat muka garang. Apsal haa? Mungkin kah di sebabkan aku dah potong misai dan janggut buat diorang rasa janggal dan dah tak kenal ngan aku?

Biar laaa... esok lusa diorang ok la tu.

k laa korang jaga laa diri bebaik....

Camping Dan Climbing..

Dalam kita sibuk nak wat duti dan task dah pening pikir pasal suma tu, kita kena amik berat gak pasal otak kita yang 10sion atau 100sion ni. Kita kena release sama dia. So, solution dia kat bawah ni.

Salah sorang budak dalam department kitorang ada plan nak gi gunung ledang. Sorang kena bayar RM50, diorang tanya aku cam ne nak ikut tak?

Aku cakap bleh aje, benda macam ni semua pengalaman. tul tak? aku pon bukan orang johor so, secara automatiknya aku tak pernah naik gunung ledang. Gunung kinabalu aku pernah laaa naik. Tu pun sampai panar laban je, ni tempat berehat kat pertengahan gunung, itu ada masa aku ceritakan.

Malam ni kul 9.00 aku nak gi mancing, harap-harap dapatlaa ikan yang best (baca biest). Dua tiga minggu yang lepas aku tak de luck sangat.

Tapi cerita pasal mancing ni, ingat masa aku kat sabah dulu boleh kata setiap dua minggu aku gi laut, masa cuti skolah plak aku selalu menjala kat sungai. Dapat udang atau ikan kecil aku buat umpan mancing kat sungai belakang rumah aku, hujung minggu aku siapkan sampan dan enjin macam biasa ke LAUT plak.

Yariba-yariba-andle-andle

Thursday, May 06, 2004

Dera

Pagi tadi aku baca sorat kabor, dia cerita pasal kes dera sorang budak yang berumur dua tahun, dan budak tu dah pun meninggal, (Al-Fatihah).

Tu yang menyedihkan tu sorang budak berumur dua tahun di dera oleh seorang dewasa yang dua tiga kali lebih kuat daripada mereka.

bagaimana sorang manusia yang dikurniakan akal dan fikiran tergamak melakukan perbuatan khianat seperti itu.

Nauzubillahminzalikh....

Nombor Baru....

Aku nak tanya apsal bila ada orang tukar no phone dia baru, dia suka memainkan orang? hehehehe

ini kisah aku yang memainkan member aku ngan no baru aku, aku buat miss call berkali-kali dia carik orang bagai nak rak. dia tanya kawan ni dan tanya kat kawan tu. ada sekali tu dia tanya kat kawan rapat aku 'mat jambu ghan'. mamat ni ada no aku tapi macam mana ntah dia bleh cover.

Hehehhe thanx my prennz

aku tak puas lagi nak kenakan diorang ni...
sekarang aku dah kenakan diorang selama seminggu. nanti bila dah kantoi aku cakap kat korang.

ok makan time dah sampai....

Hujan..

pagi ni hujan turun dengar kata start kul dua pagi, patut la aku macam malas je bangun pagi tadi,(aku tido dalam kul 11), kalau tak 'member' aku kejutkan tak bangun aku. masuk kelas masih hujan, tengah taip blog ni pon masih hujan, tengah hujan pon masih dalam kelas taip blog.

tapi macam orang kata hujan tu bawa rahmat bukan encik rahmat. betul kot sebab aku rasa macam nak tido je itu kot rahmat hujan tuk aku.

member aku kat sebelah sibuk jawab dan ngantor email, sambil buat aktiviti kegemaran dia chatting kat YM. aku tak gemar sangat.

semalam aku cuba dapatkan laman guestbook free untuk korang masukkan catatan dalam blog aku ni tapi sampai ari ni tak dapat lagi.

internet lembab maaa.... lecturer dahla takde jawapannya boring, tambah ngan internet lembab samadengan boring kuasa dua.

rumus dia macam ni :
x lect. = boring
internet slow = boring

x lect. x int. lembab = boring²

Wednesday, May 05, 2004

Sampai Bila??

Pendera tahanan Iraq didakwa

BAGHDAD: Enam askar Amerika dihadapkan ke mahkamah tentera berhubung siasatan ke atas penderaan tawanan perang di Abu Gharaib, kata timbalan ketua operasi tentera di Iraq, Jeneral Mark Kimmitt.

Abu Gharaib adalah penjara terkenal di mana rejim bekas diktator Iraq Saddam Hussein menyeksa dan membunuh penentang mereka.

Gambar yang disiarkan oleh rangkaian telelvisyen CBS dalam rancangan 60 Minit termasuk seorang banduan yang berdiri di atas kotak dengan ditutup kepala dan tangannya diikat dengan wayar.

Rangkaian itu melaporkan dia diberitahu akan dikenakan kejutan elektrik jika jatuh.

Gambar lain menunjukkan tahanan bogel berbaring dan melakukan seks oral manakala askar Amerika ketawa.

CBS menyiarkan gambar tentera Amerika melayan buruk tahanan Iraq. Ia melaporkan siasatan tentera mendapati masalah sistem yang meluas dalam mengendalikan tawanan Iraq.

“Kami berang dengan tindakan askar terbabit yang bekerja dengan kami setiap hari, mewakili kami dan memakai pakaian seragam sama dengan kami, tetapi mendera askar lain,” kata Jeneral Kimmitt.

“Kami mahu askar kami dilayan dengan wajar oleh musuh, dan jika kami tidak boleh memberikan contoh baik mengenai cara melayan tawanan dengan hormat, kami juga tidak boleh meminta negara lain berbuat begitu kepada askar kami,” katanya.

Tentera simpanan, Staf Sarjan Chip Frederick didakwa memberi layanan buruk, menyerang dan melakukan perbuatan keji kerana mengambil gambar ketika sedang duduk di atas tawanan, menyerang tahanan dan mengarahkan banduan menyerang antara satu sama lain, menurut laporan CBS.

Frederick, pengawal penjara berasal dari Virginia dan peguamnya Gary Myers berkata kejadian itu berlaku kerana keadaan di penjara akibat tindakan komander.

”Kami tiada sokongan dan tidak ada latihan,” Myers memberitahu CBS. – AFP

Memori Silam

Def Gab C

Ranjau Kasturi

Dingin terasa
Menusuk jiwa
Aku terlena
Di dalam mimpi ini
Kita seiring dan seiras wajah
Tidak terhenti pertemuan ini
Tika ku pasti
Dan di jalanan ini kita berdiri
Lalu ku menghampiri
Lafazkan janji
Ranjang kasturi

( korus )
Andai terhalang tergoda
Terpisah di mimpi kita
Sedangkan hati naluri sendiri tak sekata
Jalan tak sehala
Membara rasa
Meliput jiwa
Aku terjaga

Andai terhalang tergoda
Terpisah di mimpi kita
Sedangkan hati naluri sendiri tak sekata
Jalan tak sehala
Membara rasa
Meliput jiwa
Aku terjaga
Di dalam mimpi ini
Kita seiring dan seiras wajah
Dan di jalanan ini kita berdiri
Lalu ku menghampiri
Lafazkan janji
Ranjang kasturi
Oh... Oh... Oh... Oh...

Lagu ni keluar masa aku Form-5 dan sedikit sebanyak lirik dia kena kat aku dengan kenangan dan konflik yang aku hadapi masa tu. Hmmm... thats should me nice time.

Hehehehe.......

Sebelum sessi kedua waktu kelas berakhir, sorang-sorang 'penyamun' kelas aku kena berjanji. Diorang ni kawan aku gak. Tapi dah wat salah pasal masuk kelas lewat je.

Denda diorang kena ialah kena berjanji ..... kejap lagi aku cerita macam mana.

"saya (nama) dengan no. daftar pelatih.............. berjanji akan datang kelas awal buat tugasan dengan cepat dan hantar mengikut waktu yang di tetapkan. sekiranya gagal diploma (diulangi diploma) saya akan terjejas dan mungkin di gantung"

hehehhe sampai camtu sekali dia punya hukuman.

Mancing!!!

Korang ada hobi macam aku ke? kalau macam ni kita bleh kongsi sesama. Aku ngan member aku kt sini suka gi mancing. aku tak reti sangat mancing kat sini pasal bukan tempat aku.

aku cite lah yang dulu masa aku kat kampung aku ada buat keje nelayan sampingan (tiap-tiap minggu gi mancing ke laut). aku tak tau diorang ni kaki pancing lepas aku citer diorang pon citer gak mana diorang selalu mancing. jadilah group mancing kat sini.

bila dah macam tu aku setiap malam sabtu aku gi mancing sampai pagi. pasal aku dok KL dan belaja kat BP so bila aku tak balik, kuar mancing kena masuk gak balik kat asrama. bila masuk dalam kul 4-5 pagi hehehe pak guard tulis macam ni kesalahan aku.

Nama :.............
Kesalahan : Masuk Asrama Lewat.
Waktu : 04.30 Pagi
Alasan : Pegi Mancing (selain bwk rokok dan lighter)

Adoiiii

Berhibur dengan gelak

Di Bandaraya KL.. Ada seorang penjual burung berkata kepada pelanggannya..

"burung ini bukan sembarang burung. Dia boleh terbang jauh sekali".

Kemudian seorang pelanggan berkata "buktikan..".

"Boleh" kata si penjual.

Sambil melepas burungnya dia berkata
"Esok encik kena datang lagi kesini pada masa yang sama!".

Keesokkan harinya pada masa yang sama, dengan disaksikan
penonton yang sama.

"Lihat..itu burung saya baru saja kembali" kata si penjual.
Diparuh burung tersebut ternyata
terselit postcard.. "NEW YORK CITY..THE CITY THAT NEVER SLEEPS"

Wuihh!! penonton bersorak.
"Hebat!!" fikir mereka semua. Burung tersebut dalam masa 24 jam
sudah mencapai NY dan mampu kembali.

"Begini encik..kalau burung ini boleh membuktikan kemampuannya
lagi saya akan membeli dengan harga 1 juta... dengan syarat terbang
lebih jauh dari sekarang dan mampu
kembali dalam 24 jam!!" kata si salah seorang dari mereka.

"No problem" jawab si penjual."Encik datang esok!!"

Keesokkan harinya di masa yang sama si pembeli tersebut kembali
dan membawa wang 1 juta.

Ditunggu-tunggu 1 jam, 2 jam, 3 jam, 4 jam masih belum kembali.

"Wah belum pernah selama ini. Pasti dia pergi ke hujung dunia" kata pedagang penjual bimbang.

Sejam kemudian burungnya akhirnya balik.

"Dari mana ni? aku nyaris terlepas 1 juta tau!!" marah poenjual kepada burungnya.

"Dari Kajang.. tuan" jawab si burung ajaib.

"Hah?!? Kajang je??? kan dekat tu?!?"

"Iya tuan....." jawab si burung

"Gila!! kalau Kajang kenapa lambat kembali??

"Mmm.. udaranya segar.. jadi saya pilih jalan kaki saja.." jawab si burung ajaib

Tuesday, May 04, 2004

Sniper Kembali.....

Selepas empat hari cuti (tapi rasa macam ampat taun laa) sniper kembali....

hehhee banyak gak cerita yang aku kutip untuk di masukkan dalam blog aku ni...

nanti aku ceritakan satu persatu dalam masa satu hari ni..