...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Monday, February 21, 2005

Keletak keletuk....

Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
“Manusia itu sentiasa merasa tidak mencukupi dengan apa yang ada dalam kehidupannya.”
Ungkapan di atas mungkin pernah kita dengarkan, tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, dalam rima apa sekalipun. Ungkapan itu menunjukkan betapa manusia itu tamak, haloba, tidak pernah cukup dan apa-apa lagi ungkapan yang sesuai untuk menggabarkan manusia itu sesuai dengan tungakapan di atas.

Seringkali berlaku dalam kehidupan manusia itu tidak bersyukur dengan nikmat Allah, sedang di hadapan terbentang satu ciptaan tuhan yang indah, sempurna, cantik yang di hantarkan, yang di pertemukan kepadamu. Bukan sekadar menjadi orang terhampir namun menjadi hidayah penyuluh dalam kehidupanmu seharian. Mana ingin kau cari lagi seseorang yang sanggup mengejut mu dari tidur, sedang kau enak di buai mimpi, semata memanggil mu untuk menghadap tuhan barang seketika? Mana ingin kau cari lagi seorang yang sanggup membantu di kala kau susah? Di kala manusia hari ini tidak percaya kepada manusia lain?

Andai yang kecil di hadapan mu itu sebutir permata yang ingin kau bandingkan dengan segudang kaca berkilau. Apa lagi yang kau inginkan? Berpesan aku pada sahabat-sahabat dan diriku sendiri, janganlah jadi buta dengan indah dunia. Permata yang sebutir itu senang untuk kau jaga, sedang kaca yang segudang itu terlalu sukar pantang silap barang sedikit padah mengundang. Permata itu tidak perlu kau gilap sedang dia bersinar walau di mana jua kau letakkan.

Sedarlah wahai sahabat-sahabatku janganlah kau kabur dan buta, carilah cahaya dan sedarlah sesuatu yang kau lakukan pasti akan ada balasan. Cintakanlah permata yang sebutir di hadapan sedang tepikanlah kaca yang segudang, sedang kau tidak memerlukan kaca itu sebagai perhiasan, kau memerlukan permata yang sebutir untuk menjadi cahaya dalam kehidupan mu, yang mampu membantu menunjuk jalan kepada-Nya.

Bersyukurlah dengan nikmat tuhan membawakan hidayah sebesar itu kepada kehidupanmu, hadirku umpama pelita yang ingin menunjukkanmu jalan kepada permata itu. Bersykurlah dengan nikmat tuhan sedang masa itu berlalu dan andai hari ini perbuatanmu satu kejahatan pasti menanti balasan di hadapan samada padah musibah atau sebaliknya…

Assalamualaikum…
Simpan permata itu dekat dengan hatimu, sedang kaca itu berikan pada yang arif untuk menjaganya, sedang kau sebenarnya tak arif... :D

Wednesday, February 16, 2005

Biro - biro

Assalamualaikum...
bismillahirrahmanirrahim...
Topik di atas adalah untuk menyatakan betapa banyaknya biro dalam pentadbiran di malaysia, termasuklah birokrasi. Inilah fenomena dalam pengurusan yang di laksanakan oleh mana-mana sistem pentadbiran, tak kira kerajaan atau swasta.

Sesuatu jabatan mempunyai orang bawahan, namun akhirnya segala urusan akan ke tangan orang paling atas sekali, dan akhirnya segala urusan akan menjadi lambat. Malah boleh melibatkan kelewatan ke atas perkara-perkara penting dalam kehidupan masyarakat, malah kadang-kadang sehingga mengancam nyawa.

Pelbagai contoh telah berlaku di hadapan mata kita. Namun fenomena ini masih juga berlaku. Masih ingatkah anda dengan peristiwa seorang kanak-kanak penyakit bengkak hati. Yang terpaksa menunggu beberapa bulan masih belum mendapat giliran untuk melakukan pembedahan, masih ingatkah anda dengan peristiwa seorang kanak - kanak rakyat malaysia yang menunggu kerakyatan antara dua negara. Sehingga timbul persoalan milik siapakah anak ini?

Sebagai contoh, seorang doktor. Apabila di bawa seorang mangsa tikaman, yang telah kehilangan darah yang banyak. Sedang berhadapan dengan maut. Menunggu saat-saat kematian jika tidak di selamatkan. Di bawa berjumpa dengan seorang doktor. Doktor itu berkata "Mangsa mesti di laporkan kepada pihak polis, biar polis lakukan siasatan dulu". Bagaimana perasaan anda jika dia adalah saurdara anda? jika dia adalah keluarga anda? tidak mustahil kes saudara nazri yang di bunuh pun mengalami masalah yang sama. Kerana mengikut sumber berita, luka di alami tidak boleh membawa maut jika di rawat dengan segera. Namun takdir tuhan 17 jam selepas di bawa ke hospital dia maut. Di hujung stereng lock.

Salah satu surat pembaca harian metro pada isnin lalu, bertajuk 'DUA BERADIK RAYU TARAF KERAKYATAN". Cerita mengisahkan dua beradik yang telah dewasa, masih lagi di sara oleh kedua ibu dan bapa kerana tidak mampu mencari pekerjaan. Malah tidak mampu melanjutkan pelajaran kerana tidak memiliki status kerakyatan yang sah. Ini semua angkara birokrasi yang melambatkan urusan malah menyusahkan orang ramai. Bagaimana jika gaji ibu bapa mereka hanya RM1000 sebulan? mampukah mereka menyara dua beradik yang telah dewasa ini? Bagaimana dengan masa depan mereka?

Apa yang berlaku di jabatan kerajaan sebenarnya? Biarlah aku yang jawab. Aku kerja dengan salah sebuah vendor rangkaian di negeri selangor. Tapak projek adalah di sebuah bangunan kerajaan selangor. Projek adalah menaik taraf rangkaian. Tahukan anda apa yang saya temui ketika melawat hasil projek? Projek yang di lakukan oleh subcon daripada syarikat kami tidak bermasalah, projek ok!

Tapi pekerja kerajaan malaysia (selangor) yang asyik berbual. Pergi ke jabatan perhutanan, sembang pasal kelas jahitan. Bahagian audit, tengah seronok 'makan' daging saudara mereka. Sedangkan banyak lagi kerja menanti. Audit periksa kesilapan di dalam perkiraan, perhutanan carilah dan jagalah kawan hutan kita. Kawasan kita di ancam pembalak haram setiap saat yang anda bazir dengan berbual.

KERAJAAN AMBIL LAH TINDAKAN TERHADAP RAYUAN DUA BERADIK BERKENAAN DAN KEPADA PIHAK SWASTA JANGAN LAH BIARKAN KEJADIAN PESAKIT BENGKAK HATI TERSEBUT BERULANG.

Wednesday, February 09, 2005

Happy Holiday, Gong Xi Fa Chai, Selamat Tahun Baru Maal Hijrah..(1426)

Assalamualaikum..
Dengan lafaz suci bismillahirrahmanirrahim..
Bersyukur kita kerana dipanjang kan umur dan di murahkan rezeki, berjaya kita menempuh satu lagi tahun dalam kiraan islam. Tahun 1425 hijrah telah kita tinggalkan. Dengan seribu satu kenangan pahit dan manis. Alhamdulillah mana yang di panjangkan umur dan dapat hidup sehingga hari ini. Bersyukurlah..

Setahun yang lalu berbagai bencana menimpa negara khasnya dan dunia umumnya. Negara kita di landa wabak beberapa jenis wabak penyakit, di landa banjir di pantai timur, dan akhir ni kita di kejutkan dengan bencana tsunami. Memang menyayat hati namun dugaan Allah datang tak kira masa dan tempat. Kita di duga seadanya kemampuan kita, Tuhan takkan duga hambanya jika hamba itu tidak mampu menaggung beban dugaan-Nya.

Hari ini adalah hari terakhir tahun hijrah, maka seperti biasa marilah kita sesama pergi ke surau atau masjid yang terdekat yang mengadakan sambutan awal muharram. Jika direnung dan sebagai ingatan wat diri aku sendiri, doa akhir tahun memberikan keampunan dosa dan menyebabkan syaitan kecewa sekecewanya.. kerana setelah setahun lalu dia cuba menyesatkan kita (manusia) malam akhir tahun pulak tuhan ampunkan kita. Tentulah dia kecewa.. Doa awal tahun pulak kita mintaklah apa yang patut untuk kesejahteraan hidup agama, diri kita, keluarga, masyarakat dan negara. Insya'allah tuhan akan menyelamatkan kita dari mala petaka...

Hari ni aku kerja dalam keadaan orang lain bercuti, namun alhamdulillah coz kat umah pon nanti aku buhsan gak.. tapi aku nak balik awal sebab nak sambut tahun baru.. jom..

Ya Allah, berilah kesejahteraan ke atas diriku, keluargaku, teman-temanku, sahabat-sahabatku, Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami semua. Ya Allah janganlah Kau bebani hidup kami dengan dugaan yang tak mampu kami tanggungi. Ya Allah cintakanlah aku dengan kekasihku sementara engkau kuatkan lagi cintaku kepada Mu Ya Allah, rindukanlah aku dengan kekasihku sementara Kau kuatkan lagi rinduku pada syurga dan balasan baik Mu Ya Allah, Sayangkanlah aku dan kekasihku sementara Kau kuatkan sayangku pada agama Mu Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah.. Amiinn..

Monday, February 07, 2005

Hari ini dan semalam....

Assalamualaikum...
"Mintak maaf lewat bang" itulah ungkapan yang mampu aku ungkapkan setibanya aku di ofis. Dengan muka tak bersalah dan berbekal sengih kerang busuk, aku melangkah masuk dan terus menekan butang hijau pada CPU komputer di meja aku. Seperti biasa selalu aku akan bukak internet browser kegemaran aku opera browser, aku menaip alamat http://www.darkthrone.com aku nak tengok kot ada sesiapa yang menyerang aku, nampaknya semua pemain menjadi tamak. Baki terakhir gold aku adalah berjumlah 500k jadi dalam 2 hari aku tak login sepatutnya aku dah ada dalam 4M gold, tapi pagi ni aku masuk baki aku tinggal 400k. hampeh aku kena serang secara terus menerus. ok habis cite game aku.

Semalam aku turun KL jumpa dengan Bell, Dragon, Mal dan Rozi(member bell). Abih aku tak berapa kenal diorang aku tak de laa nak sembang sangat, tapi mata aku asyik kat sorang awek yang makan kat sebelah aku. ahaks minat plak aku nengok dia, so aku letak beg kecil yang aku bawak ke atas meja. aku angkat punggung aku aku pegi kat meja awek tu. aku sapa dia 'hai'. Lepas tu aku sembang la sesikit ngan dia dan nama dia MAS. Aku mintak no telefon dia, dia tak bagi. So, aku bagi la no telefon aku. Aku tak harap pun dia telefon aku, tapi malam tadi dalam pukul 9++ dia telefon aku. Amboi suara dia lembut siottt... :) (huh! dosa aku ngan t****g aku..)

Semalam gak aku telah pegi LTDL, tapi aku tak pegi masa perlumbaan. Aku pegi masa dah abih perlumbaan jadik tak banyak yang sempat aku ambik gambar. Cuma beberapa keping ni aje laa... Terimalah untuk tatapan bersama.


Ini kereta marshal,
Saiz gambar ni besar,
kalau nak jelas korang leh 'Save As'



Ini press confrence,
Jersi kuning Ryan Coxx(Barloworld Team),
Biru Grame Brown(Panaria),
dan jersi Juara Asia
Koji Fukushima(Bridgestone Anchor).



Ini gambar aku ngan salah sorang
pelumba pasukan Juara keseluruhan LTDL
Barloworld Team,
Terima kasih dan Tahniah!



Ini plak gambar kawan aku,
wat muka tak bersalah ko eekk!
siap beli Hi-Fi lagik tu.. OK PEACE!!

Assalamualaikum... BYe...

P/s : Dahlaa ieza lupakan je laa..

Friday, February 04, 2005

SeKeTiKa DiSiNi

Agak lama iEza tak pinjam blog nie tuk tulis entr.. hari nie buat pertama kali dalam tahun 2005 nie iEza ingin menulis sesuatu tuk tatap semua yang mengenali iEza...
Sebelum tu pada Tuan nyer blog nie iEza minta maaf sebab iEza tak bagi tau sebelum iEza guna blog nie tuk tulis Entry... tak kisah arrr lagi pun selalu pun macam tu jugak.......

Ntah macam mana iEza nak kata... tak mampu rasa nya.... cam nie ler... Pada shad iEza nak minta maaf banyak2 atas apa yang berlaku... tak kan kerana pekara kecik pun shad nak marahkan iEza... Rasa nya kita sama2 bersalah tapi.. huhuhuhuhu tak adil hanya iEza yang di salah kan.. kalau shad nak terus marah kat iEza ok tak apa iEza terima......

Pada kengkawan iEza nak ucapkan selama bercuti.. iEza harap korang happy selalu.. kalau cuti tu ingat2 lah kat ieza yer.. salam sayang dari iEza buat korang semua....

..... siapakah dia yang sebenarnya.....
.... Bicara yang tiada kesudahan....

BY: iEzafariEza

Nak tulis pon kena pakai banyak neuron otak ni..

Assalamualaikum.....

Selamat pagi, chow san, dan kalai vanakkan...
Macam biasa hari bermula seawal waktu azan subuh mendayu mengejutkan umat islam dari alam mimpi. Maka bagi sesiapa yang sanggup mengangat gebar yang menutupi badan untuk mengadap-Nya adalah kejayaan bagi mereka. Itu lah dia ayat yang menunjukkan betapa pada waktu subuh tu bapak aih.. susah gila nak bangkit walaupun amalan tu hanya dua rakaat dan tak sampai 5 minit nak buat. namun itulah dugaan bagi orang beriman.. Allazina'amanu..

Iman adalah benda mudah nak sebut namun untuk melaksanakan(membuktikan) adalah perkara yang benar-benar susah dan payah. Ini kerana iman tidak boleh di tunjukkan dengan hanya berkata "Aku beriman kepada Allah maha esa". Namun kena di buktikan dengan menghadapi ujian Allah. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita seharian, kita di uji dengan berbagai perkara, ada yang susah ada yagn senang, tidak kurang juga yang menuntut pengorbanan. Pengorbanan di tafsirkan sebagai sesuatu yang universal dan wujud dalam dua makna pengorbanan atau 'pengorbanan'. Ini kerana ada pengorbanan yang sia-sia, ada juga pengorbanan yang membawa hasil.

Inilah kita manusia tidak habis di uji sehingga ada yang berkata kenapa aku menerima nasib ini? kenapa bukan orang lain? kita solat hari-hari namun dugaan yang kita hadapi masih sama, masih payah, masih sukar, masih dan masih lagi. Namun ada yang tidak bersolat, namun dugaan yang dia hadapi lebih mudah dan senang. malah dia mendapat kelebihan di dunia.

Nasib jangalah di kenang hai si nasib, perkara terjadi kerana kententuan-Nya. Semua yang berlaku adalah dengan izi-Nya. Kita di berikan dugaan yang susah kerana kita mampu mereka yang tidak mendapat dugaan ini, kerana mereka tidak mampu atau masih belum tiba masanya. Ingatlah hidup ibarat roda..

Ini ingatan untuk diri sendiri sahaja tiada kaitan dengan yang lain2 ahaks :)

One more tahniah dan selamat pengantin baru kepada 'akak' aku. ahaks.. kununnn. Akhirnya dia dapat jugak melepasi dan mengharungi rintangan hidup yang telah di berikan kepadanya. tahniah dan selamat lagi sekali, lepas ni jagalah rumahtangga ke rumah lift ke ape ke.. moga dengan ini terpadamlah fitnah dan kata maki hamun dari mereka dan keluarga mereka.. (kenapa aku involve dalam problem orang ni..) belajar laa perkara lalu shad.. tapi tak pe laa.. ini je.. lepas ni dah tak de dah mintak mahap bebanyak..

Assalamualaikumm... Selamat hari jumaat, Jangan lupa solat jumaat siapa tau hari ni adalah hari kiamat yang di janjikan Allah.. Bye :D

Wednesday, February 02, 2005

Kisah Melodramatik Cinta Terlarang...

Kisah dan tauladan, masa dan keadaan, semua menjadi satu cerita. Melodramatik kehidupan berlalu meniggalkan seribu kenangan.. kita? mengenang atau menghalang? Jawapannya pada empunya diri.....


Kawan Aku (11:36:45 AM): elo..mcm mane
Kawan Aku (11:36:49 AM): dah ok ke blom
shad_shram (11:36:51 AM): ok jek...
shad_shram (11:36:53 AM): ekon
shad_shram (11:36:59 AM): tak stabil lagik laa...
Kawan Aku (11:37:15 AM): aku buang pekeja smlm baru dpt uuntung
shad_shram (11:37:26 AM): macam mana buang semalam
Kawan Aku (11:37:27 AM): dan try buat serangan kalah laaa hahahaa
shad_shram (11:37:35 AM): ari ni dah banyak balik
shad_shram (11:37:40 AM): payah laa...
Kawan Aku(11:37:50 AM): hah aku dah post kat forum anything discuss kat situ le\.
shad_shram (11:37:57 AM): profit aku dah ok
shad_shram (11:38:16 AM): expences jek aku rugi sampai 5k++
shad_shram (11:38:19 AM): ooo
shad_shram (11:38:26 AM): aku tak register laa kat forum tu...
Kawan Aku (11:38:44 AM): aku rase pekeja x perlu ramai sngat
Kawan Aku (11:38:54 AM): xderlaa kat forum ittutor laaaa
shad_shram (11:38:58 AM): ooo...
Kawan Aku (11:39:21 AM): budget ckup dirog produce brg tuh je...klu ramai fired laaa
Kawan Aku(11:39:58 AM): eh aku ade brita personal niee
Kawan Aku (11:40:03 AM): nak tau tak
shad_shram (11:40:04 AM): ape laks...
Kawan Aku (11:40:05 AM): brita sdih
shad_shram (11:40:09 AM): aiks..
shad_shram (11:40:12 AM):
shad_shram (11:40:17 AM): cam ni ke?
shad_shram (11:40:24 AM): atau cam ni
Kawan Aku (11:40:44 AM): hi aku blom nagis ko dulu plak aisey
Kawan Aku(11:41:01 AM): awek aku dah nak kawin...wauuhaaahaaa
shad_shram (11:41:13 AM): aduiii...
Kawan Aku (11:41:18 AM): bru tau mlm tadik
Kawan Aku(11:41:21 AM): sedik pak
shad_shram (11:41:21 AM): ko kata awek ko...
shad_shram (11:41:31 AM): apsal nak kawen ngan orang len plak??
shad_shram (11:41:38 AM): family matter laa ni.. kan??
Kawan Aku (11:41:44 AM): family dirng carikana
Kawan Aku (11:41:50 AM): a;aa btol family matter
shad_shram (11:41:57 AM): apsal diorang tak berkenan ke ngan ko?
shad_shram (11:42:01 AM): awek ko orang mana?
shad_shram (11:42:08 AM): kelantan ke kedah?
Kawan Aku (11:42:10 AM): ko bygkanlah kami kawan sjak skolah lgi dri thn 92 until smlm
shad_shram (11:42:20 AM): ooo...
Kawan Aku (11:42:20 AM): klate laaa
shad_shram (11:42:23 AM): oooo
Kawan Aku (11:42:36 AM): kami naik bas skolah ssama....
shad_shram (11:42:48 AM): oo... ko pon orang kelantan laa ni..
Kawan Aku (11:42:58 AM): ya laa pak
shad_shram (11:43:03 AM): awek aku pon orang sana
shad_shram (11:43:08 AM): orang pasir mas...
shad_shram (11:43:12 AM): tapi aku bukan..
shad_shram (11:43:17 AM): aku orang oversea..
shad_shram (11:43:19 AM): ahaks..
Kawan Aku4 (11:43:41 AM): cheh perasenye
Kawan Aku4 (11:44:02 AM): camne hah aku jeng ni tau nak buat ape
Kawan Aku (11:44:15 AM): mak dia klu aku ade kete+rumah baru bleh kawin ngan anak dia
Kawan Aku (11:44:33 AM): aku stakat kete tuh no hal skrang jugak bleh beli
shad_shram (11:44:34 AM): cam tu plak ke??
Kawan Aku (11:44:51 AM): rumah tuh susah le kena pk byk beb
shad_shram (11:45:07 AM): hmmm... payah gak kan..
shad_shram (11:45:11 AM): ko umor brape san?
shad_shram (11:45:19 AM): ko kawan lama sangat...
Kawan Aku (11:45:23 AM): aku 29
Kawan Aku (11:45:26 AM): awek aku 27
Kawan Aku (11:45:47 AM): aku memang dah minnang tpi awek aku x nak
Kawan Aku (11:45:56 AM): dia suruh aku carik umah dulu..tuh susah
shad_shram (11:46:04 AM): apsal ko tak carik je??
shad_shram (11:46:11 AM): susah ape?
shad_shram (11:46:16 AM): carik je laa kat kelantan..
Kawan Aku (11:46:19 AM): aku ingat thn nie laa nak jumpa mak diorg..planning thn depan nak kawin laaa
shad_shram (11:46:30 AM): kalau ko anak jati sana.. kan senang nak carik..
shad_shram (11:46:33 AM): dah tu..
shad_shram (11:46:36 AM): nak wat cam ne...
shad_shram (11:46:42 AM): dia dah nak kawen...
Kawan Aku (11:46:47 AM): aku ngan awek aku kije ka kl
shad_shram (11:46:53 AM): tak pe la...
shad_shram (11:46:58 AM): kat kl sewa umah..
shad_shram (11:47:04 AM): kat sana beli umah..
Kawan Aku (11:47:24 AM): dia xnak laaa
shad_shram (11:47:34 AM): abih nak beli umah kat KL?
Kawan Aku4 (11:47:38 AM): ntahlee aku bleh trima dah xde jodoh tpi tuh laa
shad_shram (11:47:50 AM): aku paham laa...
shad_shram (11:47:53 AM): sedih laa///
Kawan Aku (11:48:01 AM): sbb aku budget thn depan je...bkan lama pon
shad_shram (11:48:18 AM): hmm... sabar laa sedare.. ada jodoh tak ke mana...
shad_shram (11:48:21 AM): bincang balik..
shad_shram (11:48:34 AM): kompol laki tu.. panggil awek ko..
shad_shram (11:48:42 AM): korang jumpa dlu pastu..
Kawan Aku (11:48:45 AM): yelaa sdih beb....mcm cite smbilu laa....kawan sjak dri skolah..last2 kwin ngan org lain usshhh pilunyaa
shad_shram (11:48:45 AM): bincang..
shad_shram (11:49:15 AM): hidup kita orang melayu bukan cam cite hindustan..
shad_shram (11:49:33 AM): cite hindustan dah nak kawen pon leh ganti orang plak
Kawan Aku (11:49:33 AM): dah bincang....awek aku turut aje mak dia....wpun dah tau kami dah berkwn lama
shad_shram (11:49:42 AM): ooo...
shad_shram (11:50:01 AM): hmmm... payah gak kan..
Kawan Aku (11:50:05 AM): tuhle pasal...ni bukan filemlaa tpi mirip mcm filem plaks
shad_shram (11:50:10 AM): same gak cam awek aku..
shad_shram (11:50:14 AM): dia dah bagi warning
shad_shram (11:50:17 AM): jangan lama sangat..
shad_shram (11:50:28 AM): takut famili carik orang lain..
shad_shram (11:50:41 AM): ako pon kompiden jek cakap 2 tahun jek...
Kawan Aku (11:50:49 AM): tuhlee tpi maslahnya famili dah tau kami kawan dah lama
shad_shram (11:50:55 AM): abih tu??
shad_shram (11:51:02 AM): apsal famili dia tak bagi can?
Kawan Aku (11:51:05 AM): awek aku pon nurse jgak
shad_shram (11:51:08 AM): aiks..
shad_shram (11:51:16 AM): apsal same laks ni??
shad_shram (11:51:25 AM): jangan nasib aku sama ngan ko dah...
shad_shram (11:51:28 AM): takut aku...
Kawan Aku4 (11:51:37 AM): kmpugn kami brsebelahan je x jauh...ntah lee
Kawan Aku(11:51:48 AM): susah ler klu org tua yg masih konservatif
shad_shram (11:51:55 AM): ko tk tpon ke famili dia?
shad_shram (11:52:02 AM): bukan konsevatif ke ape..
Kawan Aku (11:52:03 AM): zmn skrang mane ade kawin paksa
shad_shram (11:52:07 AM): dia pk anak dia..
Kawan Aku (11:52:14 AM): tpi tuh laa hakikatnye kna terima laaa...aisey
shad_shram (11:52:30 AM): diorang dah rasa susah..
shad_shram (11:52:36 AM): tak nak bagi anak susah gak..
shad_shram (11:52:46 AM): sebab tu kena ada kete dan umah dlu..
Kawan Aku (11:52:46 AM): aku nak jumpe faimili dia bln 4 nie tapi dia x kasik
shad_shram (11:52:57 AM): apsal laks?
Kawan Aku (11:53:11 AM): yalaa sbb mak dia dah ade calon lain
shad_shram (11:53:22 AM): mak dia kenal ko tak?
shad_shram (11:53:28 AM): apsal ko tak tpon je mak dia?
Kawan Aku (11:53:33 AM): yerlaa kete tuh no hal aku bleh carik...umah aku bgudgt pon lepas married 2bln cariklaa
shad_shram (11:53:42 AM): apsal ko tak cakap je ngan mak dia..
Kawan Aku(11:53:45 AM): mak dia knal aku...kami penah jumpe
shad_shram (11:54:00 AM): ko terai laa cakap ngan mak dia..
Kawan Aku (11:54:05 AM): eh buleh ke mcm tuh? brani nye ko
shad_shram (11:54:07 AM): kot mak dia ubah keputusan..
shad_shram (11:54:20 AM): kalau aku
Kawan Aku (11:54:35 AM): tpi tuh laa awek aku cakap mak dia ni susah sangat
shad_shram (11:54:35 AM): aku berani... kalau yakin korang sama2 sayang..
shad_shram (11:54:47 AM): ko masa jumpa mak dia cam ne?
shad_shram (11:54:49 AM): susah ke?
shad_shram (11:54:53 AM): banyak interview ke?
Kawan Aku (11:55:04 AM): nnti org x cakap kurang ajar ke
shad_shram (11:55:24 AM): kalau ko tak reti guna bahasa memang laa kurang ajar
shad_shram (11:55:37 AM): mintak maaf tanya
shad_shram (11:55:42 AM): dia ada ayah tak?
Kawan Aku (11:55:50 AM): adlaa
shad_shram (11:55:54 AM): sebab dari tadi tak sentuh langsung pasal ayah dia..
Kawan Aku (11:55:56 AM): ayah dia ok
Kawan Aku (11:55:57 AM): xkesah
shad_shram (11:56:04 AM): so, mens talk laaa
shad_shram (11:56:07 AM): ape lagik..
shad_shram (11:56:17 AM): ayah dia yang akan walikan korang bukan mak dia..
Kawan Aku (11:56:32 AM): tdik aku tanye awek aku..blom confirm lgi bile nak kawin
shad_shram (11:56:44 AM): tapi memang dah anta rombongan laa..
shad_shram (11:56:47 AM): jantan tu..
shad_shram (11:56:50 AM): ?
Kawan Aku (11:57:00 AM): blom antar lgi
shad_shram (11:57:09 AM): sempat lagi..
Kawan Aku (11:57:15 AM): cuma mak dia je yg carikk...at least pon dlm thn nie
shad_shram (11:57:24 AM): ko terai laa bincang ngan ayah dia..
shad_shram (11:57:27 AM): janji ngan dia..
shad_shram (11:57:35 AM): lepas tu kontak famili ko..
shad_shram (11:57:41 AM): mana yang ada rete skit gunakan...
Kawan Aku (11:57:42 AM): tuhle aku tanye awek aku any idea utk dpt kan jugak
shad_shram (11:57:59 AM): ko tak leh harap awek ko kasik idea
Kawan Aku (11:57:59 AM): 1lg masalah aku
Kawan Aku (11:58:10 AM): famili aku pon x brape suka ngan awek akuuuuuu
shad_shram (11:58:15 AM): aduiii
shad_shram (11:58:18 AM): apsal laks??
shad_shram (11:58:24 AM): awek ko ada masalah sosial ke??
shad_shram (11:58:28 AM): maaf cakap laa//
Kawan Aku (11:58:40 AM): x awek aku baik
Kawan Aku (11:58:47 AM): budak baik setia gile
shad_shram (11:58:53 AM): ye laa..
shad_shram (11:58:58 AM): kalau tak setia
Kawan Aku (11:59:03 AM): masalah famili vs famili
shad_shram (11:59:06 AM): tak de laa smpi 10 thun
Kawan Aku (11:59:12 AM): kami jdik mangsa
Kawan Aku (11:59:16 AM): memang btol2 mcm filem
shad_shram (11:59:21 AM): famili korang ada masalh ke?
shad_shram (11:59:33 AM): macam kes famili ada kaitan jek ni...
Kawan Aku (11:59:36 AM): mcmnila lebih kurang
Kawan Aku (11:59:58 AM): kaw kg awek aku tuh x brape suka ngan kat kg aku
Kawan Aku (12:00:06 PM): lebih2 lgi famili aku
shad_shram (12:00:17 PM): japs..
shad_shram (12:00:21 PM): ko kg ape?
Kawan Aku (12:00:22 PM): sbb kat kg tuh famili aku ramai org kenal la
shad_shram (12:00:25 PM): awek ko kg ape?
Kawan Aku (12:00:42 PM): aku kg paya rambai awek aku kg baung bayam
shad_shram (12:00:48 PM): alamak..
Kawan Aku (12:00:53 PM): dkat je..sbleah
shad_shram (12:00:54 PM): tak penah dengat laa..
Kawan Aku (12:01:12 PM): tpi kat kb laaaa
shad_shram (12:01:19 PM): a'a ye laa
shad_shram (12:01:26 PM): hmmm cam tu plak...
Kawan Aku (12:01:30 PM): mak aku x brape suka ngan org kat kg awek aku
shad_shram (12:01:39 PM): dah macam cite kuch2 hota hai la plak
shad_shram (12:01:49 PM): macam ni laa...
Kawan Aku (12:01:55 PM): lbeih lgi awek aku nie sedara waris ngan ayah aku yg x berape suke
shad_shram (12:02:00 PM): ko takut tak cakap ngan mak ko?
Kawan Aku (12:02:05 PM): tuhlaa pasal memga mcam file,
Kawan Aku (12:02:10 PM): tuhlaa pasal memga mcam filem
shad_shram (12:02:21 PM): ko cakap ngan mak ko..
Kawan Aku (12:02:23 PM): aku tak takut
shad_shram (12:02:27 PM): korang kawen
shad_shram (12:02:32 PM): pasal korang dah kawan lama
Kawan Aku (12:02:32 PM): aku dah ckap blik raye aritu
shad_shram (12:02:40 PM): abih tu?
shad_shram (12:02:47 PM): mak ko cakap ape?
shad_shram (12:02:51 PM): ko ckaap laa ko dah tua
shad_shram (12:02:55 PM): takkan nak carik lagik
Kawan Aku (12:02:59 PM): mak aku by de way still can accept tpi tuh laa x brape berkenan
shad_shram (12:03:05 PM): dah masa dah sutnuk
shad_shram (12:03:12 PM): tak leh nak carik lagi..
Kawan Aku (12:03:16 PM): dlm famili aku no hal aku bleh handle
shad_shram (12:03:24 PM): kawna dah lama dah kenal dah ati budi memasing
Kawan Aku (12:03:25 PM): dlm famili awek aku nie hah
shad_shram (12:03:30 PM): hmmm...
shad_shram (12:03:33 PM): sebab tu laa...
Kawan Aku (12:03:36 PM): tuhle pasal
shad_shram (12:03:39 PM): walaupun awek ko tak kasi
shad_shram (12:03:44 PM): famili ko datang..
shad_shram (12:03:52 PM): ko kena datang gak..
Kawan Aku (12:04:00 PM): aku haraplaa klu calon laki tu bertimbang rase...baik dia undurkan diri je
shad_shram (12:04:00 PM): mintak tolong ketua kampung..
shad_shram (12:04:11 PM): kedua2 kampung..
Kawan Aku (12:04:14 PM):
shad_shram (12:04:21 PM): dia gelak plak..
shad_shram (12:04:30 PM): ko cakap laa korang kawan dah lama
shad_shram (12:04:36 PM): dah jaga diri memasing..
Kawan Aku (12:04:37 PM): xkan nak kecoh
shad_shram (12:04:42 PM): ape plak...
shad_shram (12:04:49 PM): kwen kang kecoh gak..
Kawan Aku (12:04:58 PM): dah bgi dah alasan tuh mak dia x belh accept
shad_shram (12:05:13 PM): abih tu.. sennag jek.
Kawan Aku (12:05:20 PM): dia ingat aku bdak x derk masa depan kot
shad_shram (12:05:21 PM): sruh awek ko wat laporan palsu
shad_shram (12:05:34 PM): cakap dia dah nandung 7 bulan
Kawan Aku (12:05:36 PM): mcmmane tu?
shad_shram (12:05:47 PM): tak pung 9 bulan 8 hari
shad_shram (12:05:52 PM): lagi sehari jek lagi
Kawan Aku (12:05:57 PM): siallsssnnyeee
shad_shram (12:06:01 PM): nak bersalin..
shad_shram (12:06:03 PM): ahaks..
shad_shram (12:06:12 PM): tak de aku cakap cam ne pon..
shad_shram (12:06:26 PM): bukan ada jalan kalau ko tak carik
shad_shram (12:06:33 PM): diplomatik cam tu laa...
Kawan Aku (12:06:36 PM): gile btol idea ko
shad_shram (12:06:40 PM): nak perang jom...
Kawan Aku (12:06:44 PM): mmng menjatuh maruah laa
shad_shram (12:06:48 PM): ahaks..
shad_shram (12:06:53 PM): takkan nak buat gilo apo
shad_shram (12:07:05 PM): tu tak pepasal kena sesah
Kawan Aku (12:07:34 PM): bnda tu bleh carik no hal
Kawan Aku (12:07:56 PM): sbb kami janji pon utk thn dpen
Kawan Aku (12:08:05 PM): tpi tuh laa dia pon mcm terpaksa je terima
shad_shram (12:08:15 PM): memang laa terpaksa dah kena paksa..
shad_shram (12:08:29 PM): macam ni laa..
Kawan Aku (12:08:31 PM): ya laa bai
shad_shram (12:08:47 PM): ko mintak cuti..
shad_shram (12:08:57 PM): ko balik kg
Kawan Aku (12:09:03 PM): buat pe...baru je cuti
shad_shram (12:09:12 PM): ko ajak ayah ko ngan ayah ngan ko ngan jantan tu
shad_shram (12:09:16 PM): jumpa bincang
shad_shram (12:09:20 PM): memula mens talk..
Kawan Aku (12:09:21 PM): aku xbleh cuti skrang sbb aku kna backup duty mmber aku kawin
shad_shram (12:09:27 PM): hmmm...
shad_shram (12:09:38 PM): masa depan depend on how fast we move
shad_shram (12:09:45 PM): not how much we hold
shad_shram (12:10:16 PM): jantan tu tak takut ke...
Kawan Aku (12:10:17 PM): ntahlee aku blank
shad_shram (12:10:35 PM): ko dah kawan lama.. kot korang ada trut... trutt ke...
Kawan Aku (12:10:36 PM): ape yg nak takut
shad_shram (12:10:40 PM): takut kan laa dia...
shad_shram (12:10:43 PM): ahaks...
Kawan Aku (12:11:01 PM): ko niee brpk ke situ jee
shad_shram (12:11:01 PM): ilek jangan marah ngan aku..
shad_shram (12:11:07 PM): ahaks..
shad_shram (12:11:13 PM): aku memain jek..
Kawan Aku (12:11:22 PM): aku cuma harap satu miracle je
Kawan Aku (12:11:38 PM): klu jntan tuh brtimbang rasa dia undur diri
shad_shram (12:11:41 PM): benda tegang kalau di tekan nanti meletop
shad_shram (12:11:52 PM): ko bincang laa ngan jantan tu..
shad_shram (12:12:00 PM): aku nak tanya ko satu..
shad_shram (12:12:11 PM): selama ko kawan ngan awek ko..
Kawan Aku (12:12:11 PM): aku pon x knal...awek aku pon x knal
shad_shram (12:12:27 PM): pernah tak ko mintak (doa) suapaya jodoh korang di kuatkan
Kawan Aku (12:12:34 PM): aku x penah buat ape
shad_shram (12:12:47 PM): pernah tak ko mintak supaya di permudahkan urusan ko?
Kawan Aku (12:12:54 PM): oohh itu
Kawan Aku (12:13:02 PM): aku slalu doa laa...slalu buat smayan sunat
shad_shram (12:13:15 PM): hmm... insya'allah..
shad_shram (12:13:19 PM): akan ada jalan..
Kawan Aku (12:13:23 PM): urusan tu x
Kawan Aku (12:13:31 PM): cuma aku mintak mana yg terbaik
Kawan Aku (12:13:42 PM): utk didunia dah diakhirat
shad_shram (12:14:03 PM): dah tu ko nak ke terima jodoh ko tak de??
shad_shram (12:14:15 PM): cam tu je.. tak de usaha.. dengan alasan ini yang terbaik 'kot'
Kawan Aku (12:14:35 PM): andai btol x der jodoh..redha laa
shad_shram (12:14:43 PM): macam tu je..
shad_shram (12:14:46 PM): tak de usaha?
shad_shram (12:14:58 PM): tak nak jumpa abah dia bincang?
Kawan Aku (12:15:05 PM): apelgi dah usaha bai
shad_shram (12:15:09 PM): yang penting mens talk dlu..
Kawan Aku (12:15:19 PM): ingt mcm tuh gak aku pk
shad_shram (12:15:26 PM): dah tu pk je..
shad_shram (12:15:29 PM): bila nak buat?
Kawan Aku (12:15:31 PM): mmg tuh le terniat dihati aku nak buat
shad_shram (12:15:46 PM): kawan ko kawen bila?
shad_shram (12:15:51 PM): dah cuti ke?
Kawan Aku (12:15:59 PM): minggu dpn
Kawan Aku (12:16:08 PM): jmaat nie cutilaa 2 minggu
shad_shram (12:16:20 PM): korang ada brape orang keje kat situ?
shad_shram (12:16:33 PM): takkan ko tak leh cuti gak?
Kawan Aku (12:16:35 PM): nak amik kputusan pon xbleh terburu2 bai
shad_shram (12:16:42 PM): aku tau laa...
Kawan Aku (12:16:44 PM): team aku ade 4org
shad_shram (12:16:49 PM): tapi itu je jalan dia..
Kawan Aku (12:17:28 PM): aku rase mcm terburu2laa
Kawan Aku (12:18:38 PM): sabar jelaa ek
shad_shram (12:19:10 PM): ahaks..
shad_shram (12:19:14 PM): ilek dlu laa...
shad_shram (12:19:18 PM): nak lagi senang..
shad_shram (12:19:23 PM): lupakan je laa...
shad_shram (12:19:27 PM): dah laa tu ..
shad_shram (12:19:33 PM): tak de jodoh nak wat cam ne..
Kawan Aku (12:19:43 PM): xpe ptg nnti aku tepon awek aku balik ape lgi yg bleh carik
shad_shram (12:19:50 PM): ahaks...
shad_shram (12:19:57 PM): awek ko keje kat ne?
shad_shram (12:20:06 PM): nurse spital mana?
Kawan Aku (12:20:07 PM): a'aa nak buat mcm mane redha ajelaa
Kawan Aku (12:20:18 PM): tung shin spital jln pudu
shad_shram (12:20:26 PM): ooo
shad_shram (12:20:32 PM): aku tau spital tu..
shad_shram (12:20:37 PM): spital bersalin tu kan??
shad_shram (12:20:42 PM): ye ke??
Kawan Aku (12:20:43 PM): a'aa
shad_shram (12:20:52 PM): ooo...
Kawan Aku (12:20:59 PM): ya laa
shad_shram (12:21:02 PM): nama ape ye awek ko??
shad_shram (12:21:07 PM): ahaks..
shad_shram (12:21:12 PM): nyibuks skit..
Kawan Aku (12:21:23 PM): aiikk ni nak menyiasat apel plak
shad_shram (12:21:31 PM): laa tanya tak leh..
shad_shram (12:21:35 PM): nama je bukan ape..
Kawan Aku (12:21:46 PM): wanie
shad_shram (12:21:49 PM): ooo...
Kawan Aku (12:22:07 PM): aku pon fenins sblom nie sbb ramai sngat jantan dok ngorat dia
shad_shram (12:22:11 PM): mesti kulit dia gelap ala hitam manis kan..
shad_shram (12:22:22 PM): hitam - hitam manis gitu..
Kawan Aku (12:22:27 PM): xderklaa dia mcm chinese
shad_shram (12:22:35 PM): ooo... ye ke...
shad_shram (12:22:39 PM): salah laa tu..
Kawan Aku (12:22:41 PM): muka cine kulit mcm cina
shad_shram (12:22:41 PM): ahaks..
Kawan Aku (12:22:45 PM): smua org ckap dia cina
shad_shram (12:22:50 PM): hihih..
shad_shram (12:23:05 PM): dah laa cukup laa puji nanti tak sanggup plak nak lepas kan dia..
shad_shram (12:23:22 PM): ahaks..
Kawan Aku (12:23:42 PM): tuhle pasal
shad_shram (12:23:59 PM): dah laa...
shad_shram (12:24:12 PM): sabar benda pelaing susah nak buat tapi paling senang nak cakap..
shad_shram (12:24:23 PM): jadi aku cakap je laa..
shad_shram (12:24:26 PM): sabar laa...
Kawan Aku (12:25:04 PM): xpelaa...terima seadanya laa
Kawan Aku(12:25:24 PM): btol
Kawan Aku (12:25:45 PM): org yg sabar lebih tinggi martabatnya dri org mati syahid
shad_shram (12:51:43 PM): dah laa jom g lunch
shad_shram (12:52:02 PM): perot aku ponk dah menyanyikan lagu rindu pada yang ttersayang ni...
Kawan Aku (12:52:34 PM): iyelaa ko
Kawan Aku (12:53:12 PM): oklaa aku nak topup credit tepon aku
shad_shram (12:53:47 PM): ok

Citer ni biarkan jadi cerita.. apa yang baik kita kongsi.. ingat cita - cita dan cinta akan menjadi pendorong kejayaan pada mereka yang ingin berfikir...

Tuesday, February 01, 2005

January Berlabuh

Assalamualaikum...

Selamat sejahtera, may Allah bless us all.
January telah meninggal kan aku, kau dan kita semua. Menunjukkan telah 31 hari berlalu untuk tahun 2005. Bagaimana dengan keadaan, kehidupan, pencapaian kita semua? ada kemajuan atau sekadar kemunduran atau masih dalam percaturan?

Sebagaimana lazim manusia, setiap masa di lalui menjanjikan pelbagai pengalaman manis, pahit dan segala macam rasa yang menjadi rencah kehidupan. kenangan yang di lalui menjadi satu-satunya pendorong dalam menggapai cinta dan cita-cita.

Januari di mulakan dengan sambutan tahun baru, menyaksikan seluruh negara berkabung meratap sedih dengan tragedi bencana yang melanda negara kita. ada yang menganggapnya sebagai 'amaran' dan 'teguran' daripada Allah yang maha kuasa. Ada juga yang menganggapnya satu kejadian alam akibat ketidakseimbangan alam. Kita menyaksikan bagaimana air yang menjadi teman dan tempat bersukaria, yang menjadi saksi 'ikatan' haram 'cinta' manusia yang menabur 'benih' kepada pasangan masing-masing di tepi pantai. Bagaimana manusia dengan iringan lagu mengasyikkan menuangkan titik demi titik air kencing syaitan laknatullah ke dalam rongga badan, yang memungkinkan amalan mereka tidak di terima selama 40 hari.

Bagi aku setiap kejadian akan ada hikmahnya. Sepanjang januari juga menyaksikan gelora melanda hubungan aku dengan si dia, bermula dengan meraikan hari kelahiran ku dan si dia. Akibat kesilapan ku keadaan menjadi sebaliknya, satu pengajaran yang harus ku simpan dan ku ingati sebagai panduan di masa hadapan. Namun keadaan pulih kembali, syukur kepada tuhan yang mengizinkan cinta, kasih dan sayang yang di semai kerana-Nya.

Seterusnya hari-hari berlalu dengan seribu satu rencah kehidupan, bagaimana keadaan mengajar aku supaya bertanya dahulu sebelum mengisi minyak. bagaimana aku mendapat malu secara percuma, dengan meletakkan moto aku dengan selamba ke tempat khas kereta untuk mengisi minyak. Sedangkan telah di khaskan untuk moto satu tempat khas.

Sebelum berakhirnya bulan januari terjadi perkara benar-benar di luar dugaan. Sahabat-sahabat aku mengharapkan doa kalian moga kejadian ini tidak berulang. Keputusan peperiksaan KKM(Kementerian Kesihatan Malaysia) telah di keluarkan, malangnya si dia telah menerima kegagalan yang amat menyakitkan. si dia gagal kedua-dua kertas peperiksaan. Persoalan yang bermain di kepala aku. Kenapa? Mengapa? Di mana silapnya? Seoarang pelajar antara yang terbaik boleh gagal? namun inilah yang perlu kami terima, moga kegagalan ini bukan kegagalan selamanya. Menjadi tanggungjawab aku untuk menaikkan semangat dan inspirasi si dia. Insya'allah.

Jadikanlah apa yang berlaku sepanjang januari sebagai panduan demi menempuh 334 hari mendatang. sekian.. Kehidupan seorang yang bijaksana perlu ada keberanian (Maksud bagi 'isul arshad 'azriny)

Assalamualaikum... May Allah with us...