...:::SniperBlogs:::...

Ya Allah, berkatilah kehidupanku seharian, Ya Rahman, Permudahkanlah urusanku, Ya Rahim, Berkatilah segala pekerjaan ku yang tidak melanggar hukum mu. Bismillahirrahmanirrahimm..

Wednesday, January 18, 2006

DaNte Speaking here!!

Eley tajuk je macam tuh, isi yang aku nak cerita nih bukan ape pon... rilek2 jek asalkan ada benda nak taip sehari satu entry ckop la nak mengisi masa lapang aku kat ofis nih.. banyak gila masa lapang smpai tak tau ada masa lapang ke tak... bila kenang member2 lain ada keje best, gaji best, hidup dah best.. aku terasa ketinggalan plak.. ye la ngn idup terumbang-ambing nih.. ye ke? aku rasa ok jek... eley bohong nih... Pagi tadi korang dengar ERA tak? aku dengar sebelum aku g keje pagi tadi, they talk about relation between girls n boys, men n woman. Ala cite pasal duit la ape lagek. Topic pagi berkisar kepada lelaki zaman skang nih lebih manja a.k.a tak gentle a.k.a pompuan banyak kuar duit ntuk lelaki... banyak la komplen2 yang di dengar, paling aku sker dengar ada sorang mamat tuh cite pasal awek dia slalu blanja makan n etc.. bila dia nak bayar awek dia dah bayar dlu, so DJ tuh tanya (sape lagek K&K la) orang keliling tak berkata ape ke? mamat tuh slamber jek jawab, "awek aku, aku punyer pasal la..." tapi memang ramai orang pompuan call ngadu balak diorang cam ni.. iye ke kita lelaki nih dah lain? lain cam ne ekk? Kah kah kah kalau aku rezeki aku tak tolak tapi better tolak ansur la... Jangan sedey bakang arey sodah la... Ada sorang laki plak bagi pendapat dia kata kalau jmp laki cam nih tinggal jek... bley ke? mana bley... kalu dah sayang.. ingat megi ape? keh keh keh ape2 laa...

Monday, January 16, 2006

Lagu Jiwa Lagu Cinta

Menyanyi kerana gembira
Menyanyi kerana sedih
Menyanyi kerana rindu
Aduh siapa dapat membaca
Hatiku saat ini

Menari kerana melayan
Menari kerana sunyi
Menari kerana kasih
Ada di depan masih juga tak mengerti

Gerangan apa buat ku kemari
Dalam temasya ku memencil diri
Darilah jauh asyik memandangnya
Sekalipun dia masih tak perasan
Ku di sini..

Oh~~~

Lagu jiwa
Bukan lagu mengadu nasibku
Lagu cinta
Bukan lagu meratap hidupku

Hanya nak menyatakan
Tuah dan untung badan
Diuji hebat cinta
Sehebat begini.. hebat begini...

Gerangan apa buat ku kemari
Dalam temasya ku memencil diri
Darilah jauh asyik memandangnya
Sekalipun dia masih tak perasan...
Ku di sini..

Oh~~~

Lagu jiwa
Bukan lagu mengadu nasibku
Lagu cinta
Bukan lagu meratap hidupku

Hanya nak menyatakan
Tuah dan untung badan
Diuji hebat cinta
Sehebat begini.. hebat begini...
hebat begini.. hebat begini.. hebat begini

Sedap lagu nih, sekali dengar sedih, sekali lagi fun dan catchy. Ntah lah, tapi itu la sedih macam mana pun kita kena gak la di bawak bergembira, kalau di ikutkan hati yang sedih dan luka ape benda pun tak jadik... Biasa la tuh asam garam kehidupan, takkan ada gembira tanpa bersedih, takkan ada sedih tanpa gembira... kedua-duanya saling berkait dan saling memerlukan.. Aku harap aku ada peluang untuk membetulkan segala kesilapan lalu, memang bahagia yang pergi sukar nak di carik ganti.. Tapi hidup mesti di teruskan...

Peace On Earth

Thursday, January 12, 2006

Hidup tak slalu indah...

Di kata orang, ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari,
Pagi ku khabarkan berita gembira, petang ku khabar berita sedih.
Begitu cepat masa berlalu membawa misteri aturan yang esa...

kah kah kah
Aku berpuisi ke tuh?
tak de la... sekadar luahan rasa yang dah pernah gak aku rasa sebelum
Bukan salah sesapa, takde sapa yang salah,
Aku bleh terima semua yang berlaku,
Dengan rasminya aku declare,
I'm OK, I'm fine.
Hmmm.... gilo apo...
Semua nya adalah perancangan dan perngaturan yang di Atas...

Wednesday, January 11, 2006

Segala puji ke atas Mu Ya Allah...

Yes that's right segala puji bagi allah atas setiap yang berlaku,
banyak sangat pengalaman aku alami dalam hujung 2005 dan awal tahun 2006,
aku 'kehilangan' orang yang aku sayang pada oktober,
Nasib baik ada insan yang masih menyayangi aku,
Namun hari ini beberapa minit sebelum ini aku menerima,
Satu lagi berita yang menyedihkan, sekali lagi aku gagal dalam *****
Aku sekali lagi kehilangan orang yang aku sayang...
Aku terlalu sedih saat ini. mungkin aku adalah orang yang bertuah kerana menerima ujian sesukar ini...
sungguh aku tak sangka, harapan tinggal harapan, janji tinggal janji, tiada siapa bersalah, tiada siapa yang silap, cuma tuahn lebih berkuasa menentukan hidup kita semua...

Assalamualaikum....
Peace On Earth....

Adehhhh

Malam tadi aku tdo kat umah member aku, sian gak kat dia sorang2 kat umah, sblm ni dah penah tdo skali kat umah dia. tapi aku tak tahan ngn serangan pijat kat umah dia abih bintat kaki aku... tapi dia siap sms aku sakap dia dah basuh umah dia.. aku ponk huh? siap basuh umah skali? semata2 nak ngelak aku kena gigit pijat? baiknye member kah kah kah ... so, ntuk mengelakkan kekecewaan aku g la.. so, nak di jadikan cerita aku tunggu la mamat ni kat bawah umah dia.. tunggu dia bukak pintu. umah dia kira cam rumah kedai la, di sewakan. so ada banyak tingkat2 (3 je ponk). tengah aku dodok kat bawah tuh, hisap hokok sebatang dua, datang sorang mamat cina nih.. "hai" dia sakap, aku ponk "hai" aku plak sakap. "saya mau amoi satu kasi angkat" mamat tuh sakap. HOH! aku tegezut, aku sakap aku tak tau tanya atas la.. macam la aku tau kat atas tu ada amoi kasi jual... adehhh apsal la dia tanya aku.. aku ada muka cam bapak for the chick ke? atau cara aku dodok wat aku nampak cam bapak of the chick? cara aku hisap hokok nampak cam tuh... takkan la nak 'order' tapi tak de kontek, tak dapat la.. at least carik la kontek kat mana port clear ok baik punye.. cehhh aku cam pandai plak, tak de la tapi logically la kan...

p/s: for my yayang r u ok now? not yet? i miss u yayang.. makin rindu bila memakai towel yang yayang belikan kaler purple, skarf abg pun kaler purple yayang gak bagi... can't take my eyes off you.. yayang...

Thursday, January 05, 2006

Maaf...

Im so sorry honey, mybe abg nih ikut sangat perasaan. Sampai terkecilkan hati yayang. Moga cepat la sembuh dan jangan la kita cam sekarang nih, buhsan gak cam ni, sedih pon ada gak, memacam gak la yang ada lagek. Ape pon get well soon honey, maaf kalau abg terkasar. Take care, luv u yayang...

Tuesday, January 03, 2006

Helo again

Assalamualaikum...

Sniper blogs is back, namun bukan lagi sniperblog yang dlu. hidup aku bukan lagi sama seperti masa belaja dlu, it's totally different. kalau dlu mybe sker dan duka adalah di kalangan member2 skang nih dah berubah sama sekali. Aku di paksa untuk hidup dengan tekanan yang tinggi. Sehingga aku rasakan diri aku lemah sangat.

Tahun 2005 menyaksikan bencana, bukan bencana tsunami kat asia nih, tapi bencana yang melanda diri aku. berbagai dugaan aku tempuhi, in 2005 tamat study aku, start looking forward ntuk carik keje, kontek sana kontek sini. Tak jugak dapat, akhir nye aku keje kat pusat beli belah. 3 bulan makan gaji kat situ aku dapat offer keje kat tpt aku skang nih.

Tahun 2005 gak menyaksikan aku 'kehilangan' orang yang aku sayang. Orang yang mengajar aku jadi kuat, jadi tabah, jadi berani. Orang yang banyak memotivasikan diri aku dan sentiasa bersama aku dalam susah dan senang. Perasaan bercampur - baur dan kenangan yang manis antara aku dan dia seolah masih semalam. Namun aku terpaksa terima manusia itu mampu merancang dan tuhan jua yang menetukan.

Dugaan tuhan tak pernah berakhir di ketemukan aku dengan tahun baru dan jugak sempena hari ulang tahun kelahiran aku. Aku meraikan hari 'gembira' dan 'amat bermakna' ini dengan penuh 'bermakna' sekali. Aku raikan sorang2 mujurlah aku tak ikut hasutan syaitan laknatullah menuju ke jalan kemungkaran. Aku tak tau nak berdepan atau lari daripada masalah aku. Terlalu banyak dan menyerabutkan kepala hotak aku nih. Sememangnya aku telah menjadi lemah dan tak berdaya. Aku terlalu malu untuk menghadap-Nya. Aku terlalu malu untuk bertemu-Nya, namun pada siapa aku harus mengadu. Kata orang lelaki itu menangis menandakan dia lemah. Aku sekarang terlalu bersedih, setiap malam aku menangis, malu, kecewa, sakit, sebak, senak, aku tak tau apa yang harus aku lakukan. Wat masa sekrang nih aku tak nampak jalan penyelesaiannya lagi...

Mungkin hidup aku perlu di ubah, tapi bagaimana? apa cara? jalan yang bagaimana harus aku ambil? seribu tanda tanya lagi bermain di ruang kotak fikiran ku ini.. Aku tak tau... Tak tau....